Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Setiap Pemain Bola Kelab...

SHANGHAI - Ketika banyak pasukan bola sepak bersaing mencari pemain import terbaik, sebuah...

Kurta ‘Pendekar’ Jadi Pilihan...

IPOH - Kurta iaitu pakaian tradisional masyarakat lelaki India kini menjadi 'trend' dan...

Rakyat Kini Lebih Percaya...

DATUK Seri Syed Ali Alhabshee mengakui rakyat Malaysia pada masa ini lebih mempercayai laporan...

Penyamun Berparang Samun 8...

KUALA LANGAT - Lapan ahli keluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka dimasuki...

Wak Doyok Bengang Sering Dilabel Gay

IKON fesyen tempatan, Wak Doyok meluahkan rasa terkilan dengan segelintir pihak yang sering menuduh dirinya sebagai meminati kaum sejenis.

Jika sebelum ini dia pernah dikecam teruk dan dilabel sebagai gila seks kerana memberikan komen ‘merecik’ di salah satu Instagram milik artis wanita tanah air.

Kini sekali lagi, jejaka berusia 36 tahun ini terpalit dengan kontroversi mendakwa dirinya sebagai gay oleh sebuah blog bersama Myo dari kumpulan Oh Chentaku.

Ekoran sering dipalitkan dengan isu sonsang, Wak tidak dapat menahan kesabaran dan meluahkan perasaannya itu melalui laman Twitter miliknya.

Wak Doyok Bengang Sering Dilabel Gay

“Masih ada mulut longkang… Weh aku shooting lah dol. Apa dah pekak punya blog ni. #kejepunkekita #bodohtusimpan,” tulisnya.


Difahamkan Wak dan Myo sebelum ini pernah bekerjasama dalam dua siri rancangan yang sama namun di lokasi yang berbeza iaitu di Korea dan juga Indonesia.

Wak Doyok Bengang Sering Dilabel Gay
Myo dan Wak Doyok serta krew pengambaran

Namun rata-rata peminat bagi kedua-dua selebriti ini sedia maklum bahawa mereka sedang menjalankan pengambaran bagi sebuah rancangan travelog untuk sebuah rangkaian televisyen selama 50 hari.

Antara komen daripada salah seorang pengguna laman sosial ctieyyz___ ‏@ktieynyots menulis ” @Wak_Doyok dah tak ada modal nak buat story tu wak, chill.”

“@Wak_Doyok hahahahaha, sabar wak. Makan kerepek ni haa. Aku ada kerepek pisang krup krup!,” tulis Seketul Ai ‏@AifaaNazmi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori