Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dakwa Negara Barat Guna...

BEKAS pemimpin tentera Iran mendakwa bahawa negara barat menggunakan mengkarung untuk menarik gelombang...

Timbalan Menteri Tidak Anjur...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan...

Kerajaan Perlukan Masa Putuskan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih memerlukan masa bagi membuat keputusan sama ada untuk...

Perlis Perkasa Program Semarak...

ARAU - Perlis memperkenalkan program Semarak Dakwah dengan mengadakan program ceramah ehya' masjid...

Waspada Dengan Agenda Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan pemimpin parti pembangkang supaya berwaspada dengan agenda Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Berwasapadalah, itu sahaja,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau mengulas isi kandungan surat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta pimpinan parti berwaspada terhadap agenda yang dibawa bekas perdana menteri berkenaan dalam Deklarasinya.

Wan Azizah bagaimanapun menyifatkan surat suaminya itu sebagai isu dalaman parti.

“That is an internal matter,” (Itu hal dalaman) katanya.

Ketua Whip Parlimen PKR Datuk Johari Abdul pula berkata pendirian PKR adalah jelas bahawa parti itu tidak menyokong Deklarasi Mahathir.


“Tetapi terpulang kepada mana-mana individu sama ada untuk menyokong Deklarasi yang diterajui Dr Mahathir atau tidak.

“Dia (Anwar) kata kalau deklarasi ini membawa agenda reformasi ok, tetapi kalau tak ada (agenda reformasi) kena tambah supaya agenda reformasi sebenar tidak dibelakangkan,” katanya.

Semalam sebuah portal media melaporkan Anwar menulis sepucuk surat kepada pimpinan PKR yang mendakwa Deklarasi yang diterajui Dr Mahathir sebagai tidak sempurna dan lari dari agenda reformasi sebenar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori