Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tekanan Kerja Punca Bijak...

KUALA LUMPUR - Sukar untuk dipercayai seorang doktor perubatan boleh tewas dan terjerumus...

Kaka Azraff Berlakon Filem...

HASRAT penyanyi Kaka Azraff untuk melebarkan sayapnya ke negara jiran Indonesia akhirnya tercapai...

Imigresen Kedah Tahan 160...

SUNGAI PETANI - Imigresen Kedah menahan 160 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam...

HASiL Your Tax Buddy...

Sebilangan masyarakat di luar negara memiliki stigma terhadap mereka yang enggan membayar cukai...

Wanita Barat Sifatkan Tudung Naelofar ‘Ajaib’

PENGACARA dan pelakon Neelofa mengakui bahawa tudung keluarannya, Naelofar Hijab biasanya terjual dalam masa yang singkat dan kini mempunyai lebih 400 stokis jualan di dalam dan juga luar negara.

“Bila kami buka pesanan, 1 hingga 5 minit sahaja tudung akan habis terjual kepada stokis dan kadang-kadang jualan mencecah RM1.2 hingga RM1.3 juta dalam masa tiga minit sahaja.

“Daripada penjualan tersebut kita boleh lihat ramai percaya dengan kualiti dan harga yang kita tawarkan kerana ianya berpatutan,”katanya kepada sebuah portal online.

Menurut Neelofa, tudungnya sudah terjual di Brunei, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat dan Australia dan pada hujung Jun ini, tudungnya akan mula dijual di Turki dan London.

“Ia sangat luar biasa sebab mereka terkejut dengan koleksi kami. Mereka tidak biasa dengan tudung segera.


“Jadi bila melihat tudung kami, mereka anggap ia ajaib dan automatik tidak seperti tudung mereka yang panjang dan perlu dililit serta menggunakan banyak pin,” kata Neelofa.

Tahniah diucapkan dan inilah contoh artis yang berpandangan jauh. Salute! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori