Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Netizen Kecam Nabil, Hazami...

WALAUPUN baru minggu pertama, namun banyak pula kontroversi yang berlaku dalam konsert pengenalan...

Wanita Indonesia Ditahan Palsu...

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen Sabah menahan seorang wanita warga Indonesia kerana disyaki...

Sektor Awam Di Landasan...

PUTRAJAYA - Perkhidmatan awam berada pada landasan betul untuk mencapai status bebas rasuah...

Beruang Pelik Di Kuching,...

Kuching - Beruang matahari yang fizikalnya agak pelik sehingga menarik perhatian ramai selepas...

Wanita Beri Susu Badan Pada Anak Rusa, Anggap Anak Sendiri

SEORANG wanita di Rajasthan, India yang bersimpati dengan nasib seekor anak rusa terbiar bertindak memberikan susu badannya sendiri kepada haiwan berkenaan dan menjaganya seperti anak kandung sendiri.

Kejadian seumpama ini mungkin pelik bagi sesetengah orang namun ia merupakan satu fenomena biasa bagi komuniti asli Bishnoi yang tinggal di Utara India dan telah diamalkan sejak 500 tahun lalu.

Wanita Beri Susu Badan Kepada Anak Rusa

“Anak-anak rusa ini sebahagian daripada hidup saya dan mereka seperti anak-anak saya sendiri.

“Saya memberinya makan dan memastikan ia diberi penjagaan rapi serta perhatian seperti ahli keluarga yang lain,” kata Mangi Devi Bishnoi, 45, seorang suri rumah.

Masyarakat Bishnoi yang terdiri daripada kira-kira 2,000 buah rumah, telah mengikuti ajaran Hindu Guru Sri Jambeshwar Bhagwan sejak abad ke-15 dan memegang kepercayaan terhadap 29 peraturan yang digariskan dalam ajaran tersebut.

Wanita Beri Susu Badan Kepada Anak Rusa


Wanita Beri Susu Badan Kepada Anak Rusa

Salah satu daripada peraturan tersebut adalah bertanggungjawab menjaga haiwan dan tumbuhan daripada iklim panas dan kegiatan pemburuan haram.

Walau bagaimanapun, komuniti ini juga merupakan pemuja alam semulajadi dan percaya bahawa rusa adalah haiwan suci yang harus dilindungi.

Kebiasaannya penempatan bagi komuniti ini adalah di kawasan berhampiran dengan hutan dan terpencil, malah mereka juga membesar bersama-sama pelbagai jenis haiwan dan tidak takut akan apa-apa makhluk sekalipun. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori