Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jemaah Malaysia Mesti Patuhi...

SUNGKAI - Semua jemaah haji Malaysia yang bakal mengerjakan ibadah itu pada musim...

RCI Memali: Mahathir Setuju...

MACHANG – Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap kerajaan akan memberinya peluang untuk menjelaskan...

Salesforce Jadi Rakan Strategik...

KUALA LUMPUR – AirAsia memilih syarikat pengurusan perhubungan pelanggan Amerika Syarikat, Salesforce, sebagai...

Misteri Mahathir Jadi ‘Bisu’...

ALKISAH Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian mega dialami Bank Negara Malaysia...

Wanita Bertopeng Syaitan Dera Anak Angkat Hingga Maut

WANITA bertopengkan syaitan ini, Kandyce Downer, 35, sepatutnya dihukum mati sebagai balasan di atas kekejamannya mendera anak angkatnya hinggakan kanak-kanak itu meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Bayangkan Downer langsung tidak berhati perut apabila dia telah memukul Keegan Downer, 18 bulan hingga mengalami 200 kecederaan di bahagian badan termasuk patah tujuh tulang rusuk, patah kaki serta kecederaan di bahagian tulang belakang.

Keegan juga mempunyai 153 parut di badan termasuk di muka dan leher.

Disebabkan kecederaan yang dialaminya itu, kaki Keegan menjadi pendek sebelah.

Meskipun Downer melakukan perbuatan keji itu, dia hanya dipenjarakan 18 tahun oleh mahkamah di Birmingham.

Keegan dilahirkan oleh seorang wanita yang merupakan penagih dadah dan dia kemudiannya dijadikan anak angkat oleh Downer pada Januari 2015.


Bedah siasat yang dijalankan oleh forensik mendapati kanak-kanak berkenaan meninggal dunia akibat gabungan kecederaan lama di kepala, dada dan jangkitan kuman.

Ketika perbicaraan dijalankan, Downer tidak mengaku salah dan cuba menyalahkan anak lelaki remajanya di atas kematian Keegan.

Namun selepas tiga jam berbincang, juri akhirnya mendapati Downer bersalah di atas kematian kanak-kanak tersebut. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • Dera

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori