Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PN Pahang Umum Calon...

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang akan mengumumkan calon baharu bagi Pilihan Raya Umum...

Mengaku Saja Lah: Tunku...

BEKAS NAIB pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim berpendapat...

Najib Cabar Tubuh RCI...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar kerajaan...

UniKL, Mara Diarah Tangguh...

KUALA LUMPUR - Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) diarah...

Wanita Bertudung Jual Nasi Babi Di Indonesia

GAMBAR viral yang memaparkan seorang wanita bertudung tetapi berniaga nasi berlaukkan daging khinzir, menerima pelbagai respon negatif di kalangan penduduk tempatan di Jakarta Barat, Indonesia.

Foto berkenaan yang tertera menu ‘nasi uduk babi buncit’ pada mulanya dianggap palsu oleh netizen tempatan, namun perkara tersebut disangkal pemuat naik gambar, Hanny Kristianto.

Beliau malahan mendakwa telah bertemu sendiri dengan wanita Muslimah itu. Katanya, wanita itu berniaga nasi daging khinzir di sebuah gerai di pasar raya Lippo Puri di Jakarta Barat.

“Dia kerja di kedai makan milik peniaga bernama Oey Cecilia dan Tommy. Dia hanya kerja di sana kerana terdesak selepas sukar dapat kerja di tempat lain dan terpaksa jaga keluarganya,” katanya.

Nasi Uduk Babi Buncit

Gerai berkenaan dibuka setiap hari dan sering dikunjungi pengunjung dari dua gereja berhampiran pasar raya itu.

Terdapat satu kain rentang yang jelas memberitahu gerai berkenaan memang menghidangkan daging khinzir dan bukan untuk orang Islam.


Tambah Hanny, wanita bertudung itu beragama Islam bukan dan beragama Kristian Ortodoks seperti dakwaan beberapa pihak sebelum ini.

Bagaimanapun, jelasnya, wanita bertudung itu hanya bekerja sebagai pelayan bukannya pemilik gerai berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Bintang

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori