Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Operasi Cari Mangsa Nahas...

JAKARTA - Kerajaan Indonesia hari ini mengambil keputusan melanjutkan operasi mencari mangsa nahas...

Nurul Izzah Positif Covid-19

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengesahkan dirinya positif...

Kadar Tayar Pneumatik, Motosikal...

PUTRAJAYA - Tayar pneumatik dan motosikal elektrik adalah barangan terbaru yang kadar cukainya...

Robot Ini Asyik Menang...

TOKYO – Makmal Ishikawa Watanabe membuktikan bahawa teknologi robotik berkembang sangat pesat hingga...

Wanita Bunuh Anak Terima Balasan `Dosa’ Di Penjara

SEORANG wanita yang dipenjarakan seumur hidup selepas membunuh anak perempuannya yang berusia 21 bulan, telah menerima balasan apabila diserang oleh banduan di dalam penjara wanita di Foston Hall.

Penyerang dilaporkan turut menoreh muka Kathryn Smith, 23, dengan pisau buatan sendiri dalam kejadian yang berlaku selama empat minit itu. Dia turut ditumbuk dan dipukul oleh penyerang terbabit.

Serangan tersebut sememangnya dirancang oleh banduan di penjara itu sebagai membalas dendam terhadap perbuatan keji Kathryn terhadap anak sendiri.

Ketika kejadian, terdapat 10 banduan lain namun mereka hanya memerhati sahaja.

Tiada sesiapapun yang bersimpati dengan Kahtryn di atas kekejaman yang dilakukan ke atas anaknya itu malah kakitangan penjara turut menyatakan `balasan dosa’ kepadanya.

Kathryn dipenjarakan seumur hidup kerana membunuh Ayeeshia manakala teman lelakinya, Matthew Rigby, dipenjarakan tiga setengah tahun kerana membenarkan perbuatan kejam berkenaan dilakukan ke atas kanak-kanak malang terbabit.


Ayeeshia meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan malah ketika kesakitan kanak-kanak malang itu sempat menjerit `hentikan mummy, hentikan daddy’.

Namun Kathryn tanpa belas ihsan telah memijak dadanya hinggakan kanak-kanak malang itu mengalami patah tiga tulang rusuk dan tergigit lidah sendiri. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori