SEORANG wanita yang buta kedua-dua matanya ditahan setelah tidak sengaja ‘memulas’ zakar seorang anggota polis dalam satu kejadian di sebuah bar di England, baru-baru ini.
Angela Green, 48; malah terpaksa ‘disumbat’ di dalam lokap polis selama 18 jam selepas dia dikatakan cuba melakukan gangguan seksual, menurut laporan media tempatan.
Memetik portal Metro.co.uk, kejadian luar tabii itu bermula apabila sepasukan polis membuat serbuan di sebuah bar di Merseyside yang dilaporkan terdapat pergaduhan kecil sesama pengunjung.
Pada ketika itu Angela dan suaminya yang sedang lepak telah diarahkan untuk menirap di atas lantai susulan seorang anggota polis yang mengacukan pistol ke udara menjerit “get down” kepada semua pengunjung.
Ini membuatkan Angela yang duduk berhampiran dengan polis itu, secara tidak sengaja telah mencapai bahagian sulit lelaki berkenaan sewaktu hendak meniarap, dan dikuti satu pulasan pada bahagian zakar.
Ia lantas membuatkan pegawai polis berkenaan terus menahannya dan Angela telah dituduh melakukan gangguan seksual akibat dirinya didapati terlalu mabuk.
Ibu kepada tiga anak itu bagaimanapun telah dibebaskan daripada tuduhan berkenaan akibat tindakannya itu adalah tidak disengajakan dan lebih-lebih lagi dia merupakan seorang OKU penglihatan. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Metro.co.uk