SEORANG wanita di China telah mendapat pujian ramai kerana menyusukan seorang bayi yang kelaparan, yang dibuang di di tepi jalan di Xianyang, China.
Wanita yang tidak didedahkan identiti dan berusia 26 tahun itu, secara sukarela telah menyusukan bayi yang berusia baru beberapa hari itu, yang ditinggalkan di dalam sebuah kotak.
Bayi itu pada mulanya telah ditemui oleh seorang wanita bernama Wei yang bekerja di sebuah syarikat. Dia pada mulanya tidak menyangka ada bayi di dalam kotak terbabit hinggalah Wei mendengar bunyi tangisan.
Tangisan bayi itu juga telah menarik perhatian ramai dan ketika itulah wanita terbabit, yang baru kebetulan melahirkan anak melalui jalan tersebut.
Tanpa berlengah dia terus menyusukan bayi terbabit dan akhirnya bayi itu tidur lena dalam dakapan wanita tersebut,
Dalam pada itu, menurut pekerja di jabatan kebajikan, bayi berkenaan mengalami penyakit cerebal palsy dan kemungkinan penyakit lain yang memerlukan rawatan lanjut.
Sementara itu, tindakan wanita berkenaan yang menyusukan bayi terbabit telah mendapat pujian ramai hinggakan dia digelar sebagai `wanita tercantik di duniaĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć¢āĀ¢.
Namun tidak kurang pula yang mengecam wanita itu kerana merisikokan dirinya dan anaknya sendiri dengan menyusukan bayi yang ditinggalkan di tepi jalan.
“Jika bayi itu membawa penyakit maka dia pasti akan menjangkiti wanita berkenaan dan bayinya kelak,ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć¢āĀ¢ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć¢āĀ¢ kata salah seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC