Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Singapura Sita 1,783 Gading...

SINGAPURA - Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan (AVA) dengan kerjasama Kastam Singapura dan...

Dibelasah Selepas Dituduh Ceroboh...

KOTA BHARU - Seorang lelaki cedera di muka, kepala dan badan akibat dibelasah...

Pemuda PAS Johor Temui...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS Johor telah mengadakan pertemuan dengan Pejabat Pendidikan Daerah...

Maut Langgar Babi Hutan

GUA MUSANG - Seorang pengawal keselamatan maut apabila motosikal ditungganginya merempuh babi hutan...

Wanita Pulangkan Buku Libari Selepas Pinjam 67 Tahun

SEORANG wanita warga emas mengambil masa selama 67 tahun untuk memulangkan kembali sebuah buku yang dipinjamnya ke tempat asal.

Buku bertajuk Myths and Legends of Maoriland karya AW Reed itu dipinjam dari Perpustakaan Komuniti Epsom yang terletak di Auckland, New Zealand pada tahun 1948.

Pustakawan bernama Zoe Cornelius memberitahu, buku tersebut dipinjam semasa wanita itu masih kecil dan beliau telah menyimpan hasrat untuk memulangkannya sejak bertahun-tahun lamanya.

Beliau kelihatan agak serba salah namun saya berasa senang hati kerana menurutnya, beliau membaca buku itu berkali-kali dan menyukainya dan ia membuatkan saya gembira kerana buku itu dijaga dengan baik dan disayangi,” kata Cornelius, seperti dilaporkan laman The Guardian.

Menurut rekod perpustakaan, buku tersebut lewat dipulangkan selama 24,604 hari dan mengumpul denda sejumlah NZ$24,500 (RM66,700).


Perpustakaan tersebut bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak mendenda wanita itu kerana buku yang dipinjamnya masih dalam keadaan baik.

Sebelum ini, denda paling tinggi yang tercatat dalam Rekod Dunia Guinness adalah $345.14 kerana memulangkan buku kepada Perpustakaan Awam Kewanee, Illinois hanya setelah 47 tahun, lapor laman Huffington Post. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori