WANITA tertua di dunia, Susannah Mushatt Jones dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 116 tahun, Khamis lalu.
Susannah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah warga tua di Brooklyn, Amerika Syarikat yang telah didiami sejak tiga dekad lalu.
Menurut Perunding kanan Kumpulan Penyelidikan Gerontologi Los Angeles, Robert Young, sebelum kematiaanyya, Sussannah mengadu sakit-sakit sejak 10 hari lalu.
Susannah dilahirkan di sebuah kawasan ladang berhampiran Montgomery, Alabama pada tahun 1899.
Ibu bapa Susannah merupakan pemetik tanaman dan dia merupakan anak sulung dari 11 adik-beradik.
Susannah pernah berkahwin selama beberapa tahun, tetapi tidak dikurniakan anak.
Dengan kematian Susannah, gelaran wanita tertua diambil alih kepada wanita Itali yang bernama Emma Morano yang kini berusia 116 tahun.  – MYNEWSHUB.CC