Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

MP DAP Bantah Kohilan...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Segambut DAP, Lim Lip Eng meminta kerajaan menangguhkan...

Gila Punya Bos… Bakar...

HANYA gara-gara tidak mencapai sasaran jualan ditetapkan, seorang lelaki berusia 21 tahun menjadi...

Tanah Runtuh: 3 Maut,...

GEORGE TOWN – Tiga maut, seorang cedera manakala 10 lagi dipercayai masih tertimbus...

PPM Sandakan Tahan Juragan...

SANDAKAN - Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan seorang juragan bot dan...

Guru Wanita Tuduh Obama Pelacur Gay Terima Padah

SEORANG pesara guru di Texas, Amerika Syarikat (AS), yang mendapat perhatian media nasional kerana sering mengeluarkan kenyataan berunsur teori konspirasi dan menuduh Presiden Obama sebagai pelacur gay, telah digugurkan kedudukannya di dalam jabatan pendidikan negeri berkenaan, Selasa.

Mary Lou Bruner, 69, warga daerah Mineola, Texas, telah menjadi pilihan utama bagi sebuah jawatankuasa penting di Jabatan Pendidikan Negeri Texas, yang mempunyai sistem persekolahan kedua terbesar di negara itu.

Bagaimanapun, imej ‘bersih’ Bruner telah terpalit dengan kontroversi apabila beberapa status lama miliknya di dalam Facebook telah didedahkan kepada umum.

Kiriman status Facebook tersebut, yang kini sudah dipadamkan, menyentuh pelbagai isu sensitif termasuklah yang berunsur biblikal dan teori konspirasi yang pelik-pelik.

Guru Wanita Tuduh Obama Pelacur Gay Terima Padah
Mary Lou Bruner

Dalam salah satu daripada statusnya, Bruner menulis bahawa banjir besar pada zaman Nabi Nuh merupakan punca sebenar dinosaur pupus dan bukanlah disebabkan meteor seperi yang ‘direka-reka oleh golongan ateis’.

Dalam status lain, dia menuduh parti Demokrat sebagai pembunuh Presiden John F. Kennedy. Tidak cukup dengan itu, Bruner turut mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur anti-Islam, salah satunya mengatakan jambang milik Speaker Dewan Paul Ryan membuatkan dia kelihatan seperti ‘teroris’.


Selain itu, Bruner turut menjadikan Presiden Barack Obama sebagai mangsanya apabila dia menuduh Obama pernah menjadi pelacur lelaki semasa usianya 20-an untuk membiayai ketagihan dadahnya.

“Sebab itulah hari ini Obama begitu mengasihi golongan homoseksual,” jelas Bruner dalam status itu lagi. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori