Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Surat Jujur Buatkan Lelaki...

BUKAN mudah nak jumpa orang yang jujur mengaku kesalahan sendiri, dan bukan mudah bagi...

Lelaki Mati Ditetak Di...

IPOH - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai akibat ditetak sekumpulan orang di sebuah...

Upin Ipin Diangkat Sebagai...

KARAKTER animasi Upin dan Ipin diangkat sebagai duta mahabbah yang jelas memaparkan perasaan...

Sedekah: Wanita Myanmar Didenda...

KUALA LUMPUR - Meminta sedekah adalah suatu kesalahan, dan seorang wanita warga Myanmar...

Warden Pukul Pelajar Digantung Kerja Dua Minggu

RAWANG – Seorang warden di sebuah sekolah vokasional di Sungai Buloh yang dirakam perbuatannya memukul seorang pelajar pada Isnin lepas digantung kerja selama dua minggu sehingga siasatan selesai.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata kementerian memandang serius kes berkenaan dan akan menunggu laporan rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan polis berhubung kejadian itu.

Rakaman video pelajar sekolah yang dipukul seorang warden itu tersebar di media sosial pada 8 Mei lalu.

“Kementerian berasa sungguh kecewa dengan kejadian ini. Pendidik tidak boleh bertindak sedemikian.

“Sudah berulang kali para pendidik diingatkan supaya jangan menggunakan kekerasan untuk menghukum … dalam menyampaikan ilmu harus banyak bersabar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Klinik Pemeriksaan Cacat Pendengaran di Sekolah Kebangsaan Sungai Choh di sini, hari ini.

Program anjuran Persatuan Orang-Orang Pekak Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan itu bertujuan untuk mengenal pasti dan membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran.

Mengenai program itu, Kamalanathan berkata ia akan dijadikan program yang sama penting seperti program pemeriksaan pergigian yang dijalankan di setiap sekolah.

“Kementerian sedia maklum bahawa para pendidik telah melakukan tugas mereka dengan cukup baik namun mereka tidak mempunyai kepakaran dalam mengesan sama ada kanak-kanak itu mengalami masalah pendengaran atau tidak.

“Oleh itu, kerjasama seperti ini amat digalakkan dan berharap lebih banyak lagi badan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan atau syarikat-syarikat swasta tampil dalam memberi sumbangan untuk program ini,” katanya.


Presiden Persatuan Orang-orang Pekak Selangor dan Wilayah Persekutuan, M. Shanmugam berkata, program yang pertama kali diadakan ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran.

Menurutnya, program ini akan dijalankan di lima buah sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan Sungai Choh, Rawang.

Sementara itu, Kamalanathan turut melawat dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik hati S. Yashveena, 11 bulan, di rumah keluarga kanak-kanak itu di Taman Bukit Rawang Jaya di sini.

Menurut bapa kanak-kanak itu, A. Sankaran, 33, anaknya mengalami masalah kerosakan hati sejak lahir dan memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM200,000 untuk membiayai kos pembedahannya.

“Pembedahan akan dilakukan di China memandangkan kos rawatan di sana lebih murah dan cepat,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan boleh menghubungi Sankaran di talian 010-2857004. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori