Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Basmi Pembiakan Aedes Langkah...

MELAKA - Langkah membasmi pembiakan nyamuk Aedes merupakan langkah terbaik bagi menangani penularan...

Vida Nasihat Ziana Zain...

KONTROVERSI membabitkan penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain pada minggu lalu ternyata menarik perhatian...

Ekonomi P.Pinang Merundum Dikala...

Oleh: Lim Sian See Lim Guan Eng membuat kenyataan akhbar pada Sabtu mengatakan bahawa...

Neelofa Orang Ke-3 Di...

UNIK... Neelofa sekali lagi menarik perhatian ramai netizen namun kali ini, bukan berhubung...

Warga Emas Syukur Miliki Rumah Projek Baiti Jannati

KUALA KANGSAR – “Saya rasa sangat bertuah dan gembira kerana dapat memiliki sebuah rumah yang tidak pernah saya impikan,” kata Fatimah Samsudin, 80.

Ibu tunggal itu yang menerima sebuah rumah bernilai RM50,000 sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak menerusi projek Baiti Jannati.

“Saya menetap di rumah peninggalan suami bersama anak saya Asmah (Nor Asmah Nurudin, 54,) dan rasa amat bersyukur apabila TNB membina rumah ini.

“Ini akan membolehkan saya tinggal dalam keadaan selesa kerana rumah peninggalan suami terlalu uzur,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian rumah Baiti Jannati di Kampung Prik, Enggor di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar TNB Perak Datuk Mohd Zahir Md Nagor dan Anggota Dewan Undangan negeri (ADUN) Lintang Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Fatimah berkata beliau akan mula menduduki rumah baharu dengan tiga bilik tidur dan satu bilik air itu pada bulan Ramadan nanti.

Sementara itu, Mohd Zahir berkata TNB telah membina sembilan buah rumah Baiti Jannati bernilai RM450,000 di sekitar Perak tahun ini.


“Empat sudah siap dibina manakala lima lagi sedang dalam pembinaan. Pembinaan rumah tersebut membabitkan Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin yang tinggal di luar bandar,” katanya.

Setakat tahun lepas, sebanyak 37 buah rumah telah dibina melibatkan kos lebih RM1.132 juta, sejak projek ini diwujudkan pada 2008, katanya.

Mohd Zolkafly berkata TNB prihatin dengan membantu kerajaan bagi melaksanakan pembinaan rumah dan membaik pulih rumah di negeri ini.

“Dengan pembinaan rumah berkenaan akan mengurangkan beban yang dihadapi oleh golongan yang memerlukannya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori