Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bakar Suami Kerana Cemburu

LOMBOK - Seorang isteri yang cemburu membakar suaminya selepas lelaki itu enggan memberikan...

Bekas Kakitangan JAIM Didenda...

MELAKA – Bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) didenda RM50,000...

Suasana Di Teluk Intan...

TELUK INTAN - Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan RM250,000 di bawah projek pemasangan Lampu Jalan Kampung untuk...

Malaysia Letak Harapan Tinggi...

KUALA LUMPUR - Malaysia meletakkan harapan tinggi terhadap pengeluar-pengeluar vaksin untuk memperoleh vaksin...

Laman Sosial Weibo Inisiatif Baharu Tarik Pelancong Dari China

KUALA LUMPUR: Syarikat media sosial terbesar di China, Weibo kini menjalin kerjasama rapat dengan Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA) untuk mempromosikan pelancongan Malaysia di sana.

Di China, rata-rata rakyat sana atau lebih 30 peratus pengguna Internet menggunakan Weibo sebagai media sosial menggantikan Facebook dan Twitter.

Menurut Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, kerjasama yang dijalin dengan Weibo ini selaras dengan sasaran menarik dua juta pelancong China melawat negara pada tahun ini.

“Pada 2015 seramai 25.7 juta pelancong melawat Malaysia dengan 1.67 juta dari China. Ia menunjukkan 4 peratus peningkatan berbanding 2014.

“Kami menyokong usaha bekerjasama dengan Weibo untuk mempromosikan Malaysia. Laman ini membolehkan komunikasi secara meluas dengan kebanyakan masyarakat di China,” katanya.

Mirza sebelum itu merasmikan seminar MITA “Bagaimana Mempromosikan Malaysia secara Efektif di China melalui Weibo” di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) di Jalan Ampang, pada Selasa.

Weibo bantu promosikan Malaysia di China


Timbalan Presiden MITA, Uzaidi Udanis pula berkata,  Weibo yang mempunyai lebih 600 juta pengguna berdaftar dan 271 juta pengguna aktif turut terdiri daripada pelancong yang kerap melakukan lawatan.

Justeru platform itu sesuai untuk mempromosikan negara ini malah Malaysia merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang sering disebut dalam Weibo.

Tambahnya, inisiatif ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kedatangan pelancong dari China selaras dengan matlamat kerajaan menarik lebih lapan juta pelancong China dalam tempoh lima tahun sekaligus menjana pendapatan RM22.1 bilion kepada negara. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori