Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Untung Q3 Boeing Meningkat...

KUALA LUMPUR - Syarikat aeroangkasa terbesar dunia berdasarkan jualan, Boeing, mencatatkan keuntungan bersih yang...

Kasih Ramadan: TH, UMNO...

SHAH ALAM - Yayasan Tabung Haji (TH) dan UMNO memperuntukkan RM15 juta untuk...

“Bersihkan Politik Jijik Di...

1. Hari ini negara digemparkan dengan pengakuan seorang pegawai dalam kerajaan Pakatan Harapan,...

Jangan Takut Jika Terlanjur...

KUALA LUMPUR - Remaja terlanjur sehingga mengandung, tidak perlu takut untuk tampil ke...

Wong Choo Mohon Maaf, Kes Saman Fitnah Teresa Selesai

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah yang difailkan anggota Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim terhadap bekas Pengerusi Cawangan DAP Seputeh, Wong Choo Chieang selesai selepas Wong mengemukakan permohonan maaf di Mahkamah Tinggi di sini.

Saman itu difailkan berikutan kenyataan Wong pada sidang akhbar 5 Feb 2014, kerana mendakwa Kok telah menyalahgunakan kuasanya dan melakukan penyelewengan wang sumbangan untuk kegunaan peribadi.

Wong, 77, selaku defendan, membacakan kenyataan permohonan maaf itu kepada Kok di hadapan Hakim Abu Bakar Jais, di dalam kamar.

“Saya, Wong Choo Chieang ahli seumur hidup DAP Malaysia, sesungguhnya dengan niat yang baik dan ikhlas memohon maaf kepada YB Teresa Kok Suh Sim untuk kenyataan akhbar yang saya keluarkan kepada wartawan yang hadir pada sidang akhbar 5 Feb 2014, yang telah disiarkan oleh media walaupun perkataan itu tidak secara tepat seperti yang saya nyatakan dalam kenyataan akhbar saya,” katanya.

Wong juga mengakui kenyataannya yang disiarkan oleh media boleh mencemarkan, prejudis dan mencemar nama baik, reputasi dan imej Teresa, 52, sebagai Anggota Parlimen Seputeh dan juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori