Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kepulangan Perogol Bersiri Timbul...

PETALING JAYA - Dalam tempoh tiga hari lagi, pesalah perogol bersiri, Selva Kumar...

Kertas Siasatan Pegawai Ugut...

GEORGE TOWN - Kertas siasatan berhubung kes seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Bisnes Jamie Oliver Bankrap,...

LONDON - Kira-kira 1,300 pekerja di rangkaian restoran Itali milik chef selebriti British,...

Nik Ibrahim: Putus Kaki...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles KOPERAL Nik Ibrahim Hamat langsung tidak menduga, tindakannya memijak...

Yatt Hamzah Akui Tak Kisah Digelar ‘Yatt Sejadah’

PELAKON dan pengacara Yatt Hamzah digelar ‘Yatt Sejadah’ kerana sering berkongsi cara hidup Islam yang diamalkan bersama keluarga melalui laman sosial miliknya.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, dilempar dengan pelbagai tohmahan kerana pengkongsian yang dimuat naik seolah-olah ingin menutup keburukannya dengan memaparkan kehidupan sebagai seorang muslimah.

“Saya tahu ramai yang bercakap belakang kononnya saya hanya sekadar tunjuk baik. Saya juga maklum ada segelintir pihak menggelarkan saya sebagai ‘Yatt Sejadah’.

“Biarlah apa mereka hendak cakap. Malas mahu melayan atau berbalah dengan orang yang mempunyai mentaliti begini. Lagipun dari dulu lagi saya sering menjadi mangsa kritikan.”

Yatt Hamzah Akui Tak Kisah Digelar 'Yatt Sejadah'
Yatt Hamzah

Malah menurut Yatt kepada sebuah portal berita, dia memilih untuk tidak ambil serius atas setiap tuduhan dilemparkan, tambahan pula masyarakat sering berpandangan negatif terhadap wanita berhijrah atau bertudung terutama sekali selebriti.

“Lebih baik saya ambil pendekatan tidak ambil serius dengan setiap isu berkaitan diri. Masyarakat sering menyalah anggap bahawa wanita berhijrah atau bertudung juga manusia yang akan buat kesalahan dalam hidup,” katanya.

Namun, Yatt yang kini berbadan dua, setelah hamil hampir dua bulan turut akui, ramai yang tidak menyukainya, gara-gara sering berkongsi aktiviti ilmiah yang sering dilakukan.


“Sejak terbabit dalam industri hiburan lagi saya sudah mengingatkan diri bahawa masyarakat akan bercakap perihal diri kita tidak kira sama ada cerita baik atau buruk.

“Lebih-lebih lagi apabila seseorang artis itu sudah berhijrah. Masyarakat hanya ingin melihat perkara yang indah saja,” jelasnya kepada portal itu.

Malah Yatt juga turut memaklumkan suaminya, Zulfadhli, 26, tentang ragam dunia selebriti yang sering menjadi bahan kejian segenlintir pihak.

“Awal-awal lagi saya berpesan pada suami untuk bersiap sedia dengan segala tohmahan yang akan dilemparkan kepada saya. Syukur, dia memahami keadaan ini malah nampaknya lebih tenang berbanding saya,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori