Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Polis Nafi Perlis Lubuk...

KANGAR - Ketua Polis Perlis SAC Datuk Ab Rashid Ab Wahab menafikan dakwaan...

Gemar Dan Selesa Guna...

PENYANYI yang melonjak naik dengan lagu Teringin, Luka Dilukai dan beberapa lagi pada...

Ketiadaan Elektrik, Punca Pintu...

SHAH ALAM : Aras banjir mencecah 1.5 meter hingga tiga meter membabitkan hampir...

Pengurusan Banjir & Sungai...

KUALA LUMPUR - Sikap sebilangan rakyat Malaysia yang menjadikan sungai sebagai 'tong sampah'...

Yazit Enggan Mohon Maaf, Tambah Laporan Polis Terhadap Search

NAMPAKNYA konflik yang berlaku antara anggota kumpulan Search dan pemain dram-nya, Yazit Ahmad semakin lama semakin panas.

Susulan sidang media yang diadakan kumpulan Search pada Rabu, Yazit pula tampil dengan kenyataan balasnya memberitahu, enggan memohon maaf.

Malah dia juga bertegas tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini serta mendakwa kumpulan itu memang pecah amanah.

Konsert 35 Tahun Search
Pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad telah membuat laporan polis akibat ditengking oleh isteri Amy Search, Norish.

Lebih mengejutkan, Yazit, 54, mendakwa akan menambah laporan polis buat kali kedua terhadap kumpulan itu.

“Tiada sebab untuk saya minta maaf. Search berhak untuk mengenakan apa juga tindakan terhadap saya. Saya tetap akan meneruskan laporan polis (yang dibuat 4 Mei lalu) dan akan menambah satu lagi laporan terbaharu terhadap mereka, petang ini.

“Buat masa ini saya belum bersedia untuk menjelaskan bentuk laporan itu kerana mahu mengikut lunas perundangan yang betul,” katanya dalam satu sidang media khas di Kuala Lumpur, semalam.

Pada masa sama, Yazit turut meluahkan rasa kecewanya apabila ada individu yang menafikan haknya dalam urusan pembayaran wang pendahuluan Konsert Search 35 Tahun, yang  bakal berlangsung pada 30 Ogos depan.

“Saya mendapat tahu ada anggota kumpulan itu yang meminta nama saya dikeluarkan daripada senarai Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama penganjur, iaitu Afjet Sdn. Bhd.

“Hasil siasatan saya juga mendapati kumpulan Search sudah pun menerima bayaran pendahuluan pertama sebanyak RM75,000, iaitu RM18,750 setiap orang, sedangkan saya tidak menerima sesen pun.


“Jika benar duit itu digunakan untuk tujuan promosi seperti didakwa, kenapa cek bayaran itu dikeluarkan atas nama individu,” soal Yazit.

Sementara itu, Yazit mengakui dia sudah tawar hati untuk beraksi bersama anggota Search dalam konsert itu nanti kerana pasti ada yang memaling muka dan duduk berkelompok.

“Walaupun saya tidak bermain, tetapi saya tetap mahukan bahagian (bayaran) saya kerana saya adalah pengasas Search dan juga ahli lembaga pengarah syarikat pengurusan GoSearch,” katanya.

Yazit hadir ditemani wakil peguamnya, Mohamad Saiful Dzulhelmi Zulkufli. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori