Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Itu Keputusan Biro Politik,...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan tempoh 14...

Jabatan Audit, JPA Bincang...

IPOH ā€“ Jabatan Audit Negara mengadakan perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi...

Cikgu BM Joe Flizzow...

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.Demikian tuah diraihƃā€šĆ‚Ā SonaOne dan...

Abang Jo Kecewa Bersatu...

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg meluahkan rasa kecewa terhadap wakil...

Zalimi Anak Tidak Layak Digelar Ibu Atau Bapa – Mufti Perlis

KUALA LUMPUR – Ibu atau bapa yang menzalimi anak-anak termasuk memukul atau menyeksa mereka dengan cara salah tidak layak memikul gelaran ibu atau bapa.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin berkata, ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan belas kasihan kerana ia dituntut oleh Islam.

Menurutnya, ibu bapa yang menengking anak bukan pada tempat atau memaki anak dengan bahasa buruk dan jelik bukan pendidik yang layak mendapat doa anak-anak mereka.

“Mereka inilah yang merosakkan masa depan dan kehalusan budi serta akhlak anak-anak. Hubungan asal anak dan ibu bapa yang berasaskan cinta dan rahmat bertukar menjadi dosa dan kebencian.

“Maka tidak hairan jika ibu bapa yang cuai itu dilupai oleh anak mereka apabila dewasa nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohd. Asri menjelaskan, perbuatan anak-anak melupakan ibu bapa tidak baik, tetapi kehilangan rahmat ibu bapa punca perkara itu terjadi.

“Apabila melihat Nabi S.A.W mencium cucu baginda Al-Hasan Ali, Al-AqraƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ Habis berkata bahawa dia mempunyai sepuluh orang anak,

“Tiada seorang pun dia pernah cium. Nabi S.A.W berkata kepadanya: ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSesungguhnya sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi”,” kata Mohd. Asri.- Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori