Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit menongkah arus serantau untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS...

Semua Kementerian Perlu Berhemat...

IPOH - Semua kementerian perlu lebih berhemat dalam melaksanakan perbelanjaan mengurus dan pembangunan...

Remaja Palestin Maut Ditembak...

GAZA - Seorang pemuda Palestin maut ditembak tentera rejim Zionis manakala tujuh lagi...

KDN Komited Selesai Isu...

KUALA LUMPUR : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi komitmen untuk menyelesaikan segera isu...

10 Trak TV ALHijrah Edar Bubur Lambuk Percuma Setiap Hari

SEPULUH trak bubur lambuk akan berada di lima destinasi setiap hari sepanjang bulan puasa ini, sempena program Limpahan Ramadhan TV ALHijrah.

Trak berkenaan akan mengedarkan bungkusan bubur lambuk bermula jam 4 petang, di kesemua lokasi yang telah ditetapkan.

Ketua Pegawai Esekutif TV Al Hijrah Izelan Basar berkata, bubuk lambuk yang diedarkan adalah resepi turun temurun yang popular dari Masjid Kampung Baru, Kuala Kumpur.

Kesemua 10 trak akan bergerak bermula hari ini, 1 Jun 2016 sebelum berakhir pada 21 Jun 2016.

10 Trak TV AlHijrah Edar Bubur Lambuk Ramadhan Ini

Majlis pelepasan kesemua trak terlibat disempurnakan Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Dr A. Bakar Sarpon.

“Ini merupakan hari yang bersejarah bagi semua warga TV AlHijrah kerana kita memperkenalkan satu lagi inisiatif sempena bulan Ramadhan iaitu pengagihan bubur lambuk menggunakan khidmat food truck.

“Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membantu warga lembah klang yang mempunyai masa terhad menyiapkan juadah berbuka puasa,” katanya.


10 Trak TV AlHijrah Edar Bubur Lambuk Ramadhan Ini

Kesemua sepuluh trak akan bergerak dari Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah menuju ke lima destinasi iaitu Kampung Baru, Dataran Merdeka, Putrajaya dan Stadium Panasonic Shah Alam bagi mengedarkan 3,000 bungkusan bubur lambuk setiap hari.

Program ini turut mendapat kerjasama Pak Tam Catering, Beras Faiz Sdn Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Lokasi food truck yang mengagihkan bubur lambuk ini akan dikemaskini di akaun Facebook rasmi TV AlHijrah dan Mynewshub Channel dari semasa ke semasa. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori