Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Capital A Dijangka Kembali...

KUALA LUMPUR: Capital A Bhd dijangka kembali mencatatkan keuntungan pada 2023 sejajar dengan...

Cucu Jutawan Minyak Ditemui...

SEORANG cucu jutawan minyak dari Los Angeles, Andrew Getty ditemui mati dalam rumahnya...

Peserta Felo Perdana Perlu...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu para peserta Felo...

NGO Empower Disyaki Terima...

KUALA LUMPUR - Pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) di Petaling Jaya yang...

11 Individu Ditahan Dalam Op Dadu Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Sebanyak 11 individu ditahan dalam operasi judi haram Op Dadu di sekitar bandar raya ini, semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata mereka yang ditahan berumur antara 20 dan 58 tahun terdiri daripada penjaga dan pelanggan pusat perjudian berkenaan.

“Kesemua mereka ditahan dalam operasi empat jam bermula 2 petang di empat premis berasingan yang menjalankan judi loteri awam haram dan ‘wah hui,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, 11 yang ditahan itu terdiri daripada sembilan penjaga atau pengurus pusat perjudian berkenaan manakala dua lagi adalah pelanggan.


Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,005, sembilan telefon bimbit, tujuh mesin cetak, serta peralatan perniagaan seperti resit dan alat tulis yang dipercayai digunakan dalam aktiviti perjudian.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori