Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Bersama 71...

LARUT - Seorang lelaki disyaki pengedar dan penagih dadah ditahan bersama sembilan paket...

Pusat Bersalin Berisiko Rendah...

ALOR SETAR – Pusat Bersalin Berisiko Rendah (LRBC) akan diperluaskan di seluruh negara...

Pengurusan Pusat Tahfiz Perlu...

KUANTAN - Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Pahang Datuk Sulaiman Ahmad, berkata pembangunan...

Lesen Khas Umrah Sudah...

PUTRAJAYA - Lesen Khas Umrah (LKU), yang dilancarkan secara rasmi pada Selasa untuk...

11 Warga Asing Ditahan Di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM – Tiga lelaki warga asing yang sedang leka bekerja di sebuah bengkel membaiki lori di Kampung Baru Alma di sini ditahan Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIPP) dalam Ops Ikrar semalam.

Menurut jurucakap JIPP, semasa pemeriksaan dijalankan pada 11 pagi terdapat dua lelaki Myanmar dan seorang lelaki Nepal berusia 30-an sedang bekerja di bengkel di situ.

“Tiga lelaki itu yang sedang leka bekerja dan tidak menyedari kehadiran penguat kuasa JIPP terkejut selepas diarahkan menunjukkan dokumen perjalanan diri bagaimanapun mereka gagal berbuat demikian.

“Mereka ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri dan tinggal lebih masa di negara ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati tiga lelaki itu telah bekerja di bengkel membaiki lori berkenaan sejak beberapa bulan lepas dan pihak JIPP turut merekodkan keterangan majikan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, jurucakap itu berkata pihak JIPP menahan dua wanita Filipina berusia 20-an yang bekerja sebagai pembantu sebuah cafe di Jalan Nordin, George Town dekat ini.

Pemeriksaan mendapati dua wanita itu tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan sosial, katanya.


“Dalam pemeriksaan di sebuah pasar di Jalan Free School, George Town JIPP turut menahan enam lelaki warga asing termasuk seorang wanita berusia 25 hingga 40 tahun yang bekerja di situ,” katanya.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki Myanmar dan masing-masing seorang lelaki serta wanita Indonesia.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati mereka yang ditahan itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Sebelas orang warga asing itu dibawa balik ke pejabat JIPP di Seberang Jaya untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru untuk siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori