KUALA KANGSAR – Jarang benar ada organisasi siasah dalam dunia ini yang risau benar nama parti dieja tidak menepati kehendak sendiri malah siap ‘bising’ lagi terpaksa buat rayuan terbuka mohon ihsan simpati.
Namun benda pelik inilah berlaku ke atas Parti Amanah Negara (PAN) apabila buat muka ‘kesian’ meminta jasa baik semua media termasuk media arus perdana prokerajaan yang selama ini dihina dengan pelbagai gelaran buruk.
Pihak kepimpinan PAN bahkan pada sidang media di pejabat parti itu di sini sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar baru-baru ini konon memberi alasan akronim mereka patut dirujuknya sebagai Amanah.
Konon itulah singkatan yang didaftarkan dengan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) ketika parti serpihan daripada asal PAS tersebut dilancarkan secara rasmi pada 16 September tahun lalu di Shah Alam, Selangor.
Hakikatnya bagi mereka yang faham dengan tugas media, penggunaan akronim merupakan in-house-style atau gaya penulisan rasmi untuk pemberitaan atas pelbagai faktor termasuk lebih ringkas dan tidak ‘memakan’ banyak ruang.
Ini juga mengelak kekeliruan dengan pelbagai organisasi lain seperti Amanah Saham Nasional Berhad, Amanah Ikhtiar Malaysia dan badan bukan kerajaan yang diselia penulis blog ternama Raja Petra Kamaruddin, AMANAH.
Penggunaan akronim lazimnya ditentukan sendiri pihak pengurusan organisasi media itu seperti PAS, bukan dieja PIS merujuk Parti Islam Se-Malaysia serta UMNO, bukan PKMB untuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
Situasi ini dapat dilihat ketika Pilihan Raya Negeri ke-11 di Sarawak awal Mei lalu apabila Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, tunjang komponen Barisan Nasional (BN) di Bumi Kenyalang itu disebut PBB dan bukannya PPBB.
Malangnya, perkataan yang sama jika diulang berkali-kali biasanya bagi umat Islam akan menjadi seumpama doa permintaan sebagaimana sering diguna pakai media anti-BN selama ini menghina UMNO dieja sebagai Umngok.
Untuk rekod, jika PAN kena disebut Amanah atas alasan didaftarkan RoS, sepatutnya pembangkang tidak boleh langsung guna Pakatan Harapan kerana belum lagi didaftarkan RoS atau kata lain, ia haram di sisi undang-undang.
Baca: PAN Marah Nama Parti Itu Disebut PAN, Bukan Amanah
Juga: Haram Sebut Pakatan Harapan Sebab Tidak Daftar RoS
Begitulah permainan licik pembangkang bijak ‘bermain’ persepsi pelabelan positif untuk diri mereka sendiri tetapi berubah sebaliknya untuk BN khasnya UMNO dihina begitu dahsyat macam langsung tidak berjasa kepada negara.
Berbalik kepada nama PAN, sebenarnya tidak ramai tahu kepimpinan parti itu amat takut dilabel PAN bukan kerana ia adalah terjemahan bahasa Inggeris yang bermaksud periuk kuali; sesuatu cukup positif dalam bidang masakan!
Hakikatnya, parti tersebut seperti didedahkan oleh calon mereka sendiri untuk PRK Kuala Kangsar, Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli enggan dipanggil sebagai PAN kerana ia lebih menyerupai maksud kayu dalam sebutan kaum Cina.
Bayangkanlah jika masyarakat termasuk penyokong pembangkang berulang kali panggil PAN dan bukan Amanah, silap hari bulan ia memang akan menjadi macam tunggul kayu iaitu bahasa berlapik orang Melayu untuk bodoh.
Mungkin itulah sebabnya PAN beria-ia benar ‘larang’ media pro-BN pakai istilah PAN sebaliknya menggunakan nama Amanah. Memang bijak sungguh muslihat berselindung di sebalik alasan ia nama mengikut rekod RoS pula.
Tetapi kalau mahu guna Amanah, ia perlu selari dengan maksud amanah sendiri namun adakah PAN layak digelar parti yang amanah? Walhal ia ditubuhkan sekumpulan pemimpinnya ‘keluar’ PAS setelah kalah pemilihan jawatan.
Ironi, jawatan wakil rakyat yang mereka pegang itu adalah hasil sokongan penyokong PAS dahulu ketika Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2013 dan semasa masih di bawah gabungan Pakatan Rakyat, bukan Pakatan Harapan.
Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan dipetik pelbagai portal berita tempatan turut meminta orang ramai agar terus menggunakan nama PAN kerana parti itu telah mengkhianati perjuangan PAS.
“Kenapa perlu disebut sebagai Amanah? Mereka khianati perjuangan sebelum tubuhkan PAN, mereka bongkarkan kerahsiaan PAS dengan ‘melarikan’ kerusi-kerusi yang mereka tandingi atas tiket PAS dalam PRU ke-13 itu.
“Tak layak panggil Amanah. Kalau ada ‘mata-mata’ PAN di sini balik dan beritahu sendiri bos masing-masing sebab apa nak panggil Amanah?†soalnya dalam satu ceramah di Kelimpok, Sungai Besar, Selangor beberapa hari lepas.
Beliau memberi contoh kerusi tersebut iaitu Parlimen Sepang (Hanipa Maidin), Parlimen Kota Raja (Dr. Siti Mariah Mahmud), Shah Alam (Khalid Samad) serta DUN Hulu Kelang (Saari Sungip) dan Morib (Hasnul Baharuddin).
“Buktikan kalau betul-betul mereka amanah, sila kosongkan kerusi tersebut dan bertanding atas tiket PAN. Kalau menang bererti rakyat betul-betul sokong mereka serta masih menginginkan mereka terajui kerusi tersebut.
“Jangan bawa lari kerusi atas tiket PAS tetapi tengok sama ada rakyat sokong mereka disebabkan mereka ambil kerusi ADUN dan Parlimen yang ada sekarang ini. Itu barulah amanah,†kata Wan Hasrina. – Mynewshub.cc/HAA
#PRKKUALAKANGSAR