Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bekas Guru Besar Dipenjara...

SHAH ALAM: Bekas guru besar Sekolah Rendah Agama (SRA) dipenjara sehari dan denda...

Kenapa Ibu Bapa Ini...

LULUH hati pasangan Tanya dan Adam Philips apabila kekurangan yang ada bayi perempuan...

Bayi Parah Dalam Kemalangan...

KUANTAN - Bayi perempuan yang cedera parah dalam kemalangan yang mengorbankan ibu bapanya...

78 PATI Ditahan Imigresen...

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 78 warga asing...

11,840 Anggota, Pegawai Bomba Dibeku Cuti Sempena Aidilfitri

KOTA TINGGI – Jabatan Bomba dan Penyelamat membekukan cuti 11,840 anggota dan pegawainya atau 80 peratus daripada kekuatan jentera bomba dan penyelamat di seluruh negara untuk musim perayaan Aidilfitri ini.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pembekuan cuti sejumlah besar kakitangannya ialah perkara biasa dilakukan setiap musim perayaan supaya anggota dan pegawai bomba bersiap siaga sekiranya berlaku kecemasan.

“Jumlah keseluruhan anggota dan pegawai bomba di seluruh negara ialah 14,800 orang.

“Selain melakukan rondaan di beberapa lokasi panas di lebuh raya berisiko tinggi berlaku kebakaran dan kemalangan jalan raya, mereka turut melakukan rondaan di sekitar premis yang menjadi tumpuan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas majlis sentuhan kasih Ihya Ramadan Parlimen Tenggara di sini, semalam.


Halimah yang juga Anggota Parlimen Tenggara berkata pembekuan cuti terbabit merupakan antara pengorbanan dilakukan anggota dan pegawai bomba dan beliau merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka dan anggota keluarga.

Beliau berkata dalam masa yang sama, arahan juga sudah dikeluarkan seminggu sebelum Ramadan kepada setiap balai bomba supaya melakukan pemeriksaan bagi menentukan tahap keselamatan premis seperti pusat beli belah dan kawasan tumpuan awam, yang dijangka selesai dilakukan menjelang Aidilfitri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori