Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Wanita Saman Universiti Sebab...

GAGAL mendapatkan sebarang pekerjaan sebagai peguam sejak menamatkan pengajian lapan tahun lalu, seorang...

Raikan Ramadan, Andi Bernadee...

MESKIPUN namanya tidak begitu popular seperti artis-artis lain namun Andi Bernadee mula mencuri...

4 Cedera Parah Van...

LAHAD DATU - Empat cedera parah apabila van dinaiki bersama tujuh individu lain...

60 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Semua negeri kini sudah melepasi 60 peratus kadar vaksinasi lengkap...

14 Kanak-Kanak Maut Bot Terbalik Lepas Ribut Di Rusia

MOSCOW – Sekurang-kurangnya 14 orang kanak-kanak yang menyertai kem program musim panas di timur laut Rusia terkorban apabila bot yang dinaiki mereka terbalik dipikul ribut taufan di sebuah tasik, kata para penyiasat pada Ahad (19 Jun).

Kemalangan tersebut berlaku di Tasik Syamozero, yang berhampiran dengan sempadan negara Finland, menurut Vladimir Markin, jurucakap jawatankuasa penyiasatan Rusia.

“Para penyiasat telah selesai melakukan pemeriksaan ke atas jasad 14 mangsa tersebut. Menurut mereka, kesemua mangsa dilahirkan antara 2002 dan 2004. Tiada orang dewasa yang terlibat,” kata Markin dalam satu kenyataan.

Sementara itu, empat kakitangan kem tersebut telah ditahan untuk soal siasat berikutan tragedi itu, tambah Markin lagi.

Kumpulan kanak-kanak tersebut, yang mengambil bahagian dalam sebuah program musim panas berhampiran tasik itu, dikatakan ‘tidak memakai jaket keselamatan’, kata pemerhati hak asasi kanak-kanak Rusia, Pavel Astakhov, kepada agenci RIA Novosti.

Menurut kementerian keselamatan dan kecemasan, kumpulan kanak-kanak itu sedang berlayar di atas dua buah bot berasingan dan sebuah rakit apabila mereka terperangkap di dalam ribut taufan yang berlaku selepas senja.


Para penyelamat telah menyelamatkan kira-kira 30 orang, kata kementerian kepada RIA Novosti.

Datuk bandar Moscow Sergei Sobyanin telah menulis satu kiriman Twitter pada Ahad lalu bahawa 10 daripada 14 kanak-kanak yang terkorban itu berasal daripada Moscow.

Para penyiasat telah membuka penyelidikan jenayag keatas insiden tersebut untuk mengenalpasti sama ada berlaku pelanggaran peraturan keselematan air. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori