Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Solat Ghaib Dilakukan Buat...

MISTERI kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 selepas terputus hubungan dengan menara kawalan ketika penerbangan...

Mahu Lebih Kerap Jelajah...

PEKAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhasrat untuk...

Foto Ikonik Najib, Tun...

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa selama-lamanya...Bersempena sambutan Hari Bapa yang disambut...

Aneh… ‘Lautan’ Cacing Keluar...

PENDUDUK di Hulu Terengganu digemparkan dengan kehadiran 'lautan' cacing yang keluar melimpah secara...

Tun M Biadap Anggap Najib Ala Diktator Idi Amin

KUALA KANGSAR – Paku dulang, paku serpih, kata orang tapi dia pula yang lebih. Mungkin inilah bidalan paling sesuai untuk menggambarkan keceluparan Tun Dr. Mahathir Mohamad menghina pemimpin negaranya sendiri.

Dalam lawatan kedua di Bandar Diraja Perak ini sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di sini pada Khamis, beliau dengan biadap tergamak menyamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai diktator zalim.

Lebih menyedihkan orang kata geram punya pasal, Mahathir berlebih-lebihan pula mengutuk dengan menyifatkan ‘keburukan’ Najib sama hebat seperti kekejaman bekas Presiden Uganda yang ketiga, allahyarham Idi Amin Dada.

Bagi mereka yang celik sejarah politik antarabangsa, Najib dan Idi Amin yang pernah memerintah negara Islam Afrika itu dari 1971 sehingga 1979 adalah dua insan jauh perbezaan karakter peribadi macam langit dengan bumi.

Sekiranya diimbas kembali sejarah Idi Amin, kita boleh menyusuri bagaimana kejam dan ganas rejimnya hinggakan kira-kira 300,000 orang musuh politik beliau dilaporkan maut dengan segala macam hukuman serta penindasan.

‘Butcher of Uganda’ atau bermaksud tukang sembelih Uganda itu adalah gelaran yang cukup sinonim dengan tahap kekejaman Idi Amin, malah ada mendakwa allahyarham ialah seorang kanibalisme atau pemakan daging manusia.

Bukan itu sahaja, Idi Amin pada 1972 mengusir zalim lebih 60,000 kaum bukan pribumi yang menetap di Uganda sejak zaman penjajahan British lalu atas alasan etnik pendatang tersebut terlalu ‘menguasai’ ekonomi tempatan.

Bayangkan Mahathir pula kini galak menyerang Najib dengan berulang kali menyebut ‘Najib, Idi Amin Malaysia’ sepanjang ucapannya dalam pertemuan bersama masyarakat Cina di Jerlun selepas berceramah di Pekan Manong.

idi amin
Allahyarham Idi Amin Dada

Ini adalah pusingan kedua Mahathir berkempen di Kuala Kangsar menyokong calon PAN, Ahmad Termizi Ramli dan seperti biasa beliau ‘kitar semula’ pelbagai dakwaan lama langsung tidak berasas terhadap Perdana Menteri.

Cuba bayangkan apakah ‘masuk akal’ Mahathir cuba menggambarkan Najib seperti Idi Amin. Adakah di Malaysia ini setiap hari musuh politik terpaksa hidup dalan ketakutan bimbang dibunuh atau diseksa dengan cara mengerikan.


Hakikatnya hanya ‘orang bodoh’ sahaja akan mendakwa konon Malaysia seperti zaman rejim Pol Pot di Kemboja dahulu atau sekarang macam Kim Jong-un di Korea Utara yang menangkap musuh politik untuk dimusnahkan!

Malah mereka yang tahu betapa ganas Idi Amin tentu ‘ketawa’ dengar gelaran itu diberi oleh Mahathir kepada Najib dalam suasana negara yang aman damai dan semua orang termasuk pembangkang bebas bergerak ke mana-mana.

Walhal ketika zaman Mahathir memerintah selama 22 tahun, ratusan pemimpin dan aktivis pembangkang ditahan tanpa perbicaraan mahkamah konon mereka menjejaskan keselamatan negara selain media dikawal ketat kerajaan.

Antara yang pernah menjadi mangsa termasuk musuh ketatnya, Anwar Ibrahim sendiri waima tindakan kejam Mahathir itu enggan bertolak ansur menyebabkan pihak pembangkang menggelarkannya diktator firaun mahazalim.

Mungkin Mahathir sudah ‘terlajak geram’, bahkan beliau terpaksa menyeru pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar agar memastikan calon BN kalah teruk sampai hilang wang deposit pada PRK ini. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori