Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

5 Nelayan Hilang Sejak...

DUNGUN - Lima nelayan yang hilang di laut sejak 28 Jun lalu dijumpai...

Masih Ramai Terpedaya Taktik...

Seorang peniaga wanita di Johor rugi lebih RM1 juta selepas terperdaya dengan sindiket...

Sirul Azhar Ditahan Imigresen...

TERTUDUHƃā€šĆ‚Ā kes bunuh Altantuya Shariibuu, Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan...

Situasi Banjir Di Sabah...

KUALA LUMPUR - Semua agensi kerajaan persekutuan dan negeri Sabah yang berkenaan akan...

2 Penjenayah Warga Asing mati Ditembak Di Tanjung Malim

TANJUNG MALIM – Dua penjenayah warga asing yang melakukan jenayah samun di beberapa negeri sejak setahun lalu ditembak mati di Jalan Proton City-Behrang Ulu di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi semasa sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak terserempak dengan sebuah kereta Proton Waja di sekitar Jalan Ulu Slim.

Katanya semasa pihak polis cuba menahan kedua-dua lelaki itu yang berusia lingkungan 40-an bagi melakukan pemeriksaan, seorang daripadanya bertindak memecut laju kereta mereka namun berjaya dipintas dan ditahan anggota polis.

“Secara tiba-tiba salah seorang suspek melepaskan tembakan ke arah anggota polis manakala seorang lagi suspek bertindak menyerang polis dengan menggunakan parang bengkok.

“Dalam usaha polis mempertahankan diri, kedua-dua suspek terkena tembakan dan mati di tempat kejadian. Sebuah kenderaan polis yang mengejar kereta suspek turut terkena tembakan, namun tiada anggota yang cedera,” katanya dalam sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim dekat sini.

Abdul Rahim berkata identiti dan kewarganegaraan kedua-dua lelaki berkenaan belum dapat dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mereka.


Beliau berkata pemeriksaan mendapati kereta Proton Waja yang dinaiki suspek dilaporkan hilang di Kelana Jaya, Selangor sejak 2013 dan polis turut merampas sepucuk pistol semi automatik jenis Barreta serta dua butir peluru hidup dan empat kelongsong peluru.

“Turut dirampas tiga bilah parang, tiga plat kenderaan, sebuah tablet jenama Samsung, barang kemas dipercayai kepunyaan mangsa serta pelbagai peralatan yang digunakan untuk samun,” katanya.

Abdul Rahim berkata dengan tumpas dua suspek berkenaan, pihaknya percaya berjaya menyelesaikan 14 kes samun di beberapa negeri antaranya Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Polis percaya modus operandi kumpulan berkenaan adalah dengan memecah masuk rumah mangsa pada waktu awal pagi antara pukul 3 hingga 5 pagi,” katanya sambil menegaskan dua lagi rakan suspek kini giat diburu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori