Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Masih Sayang.. Zamarul, Diana...

SEBELUM ini, pergolakkan rumah tangga antara Zamarul Hisham dan Diana Rafar mengejutkan ramai...

Kerajaan Tidak Sedia Promosi...

KUALA LUMPUR - Sekarang bukan masa untuk mana-mana pihak mempromosikan ideologi China di...

Penyampai Berita, Ashwad Ismail...

TANGGAL 1 Mei melakar sejarah buat personaliti dan penyampai berita Astro Awani, Ashwad Ismail apabila selamat...

MIC Perlu Selesai Kemelut...

KUALA LUMPUR - Pemimpin MIC perlu menyelesaikan kemelut yang dialami oleh parti itu...

20 Maut Dalam Serangan Di Makam Popular Syiah

Beirut – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh apabila penyerang berani mati melancarkan serangan berhampiran sebuah makam berdekatan Damsyik.

Agensi berita rasmi Syria (SANA) berkata, dua penyerang berani mati, seorang di dalam kereta, menyerang pintu masuk makam Sayyida Zeinab, antara kawasan paling popular dalam kalangan pengikut Syiah di seluruh dunia.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria (SOHR) berkata, 13 daripada yang terbunuh itu orang awam dan lebih 30 lagi cedera.

Daish, menerusi agensi beritanya, Amaq, mengaku bertanggung jawab terhadap serangan berkenaan.

Dalam kenyataannya itu, kumpulan pengganas berkenaan berkata, serangan dilakukan oleh tiga anggotanya.

Walaupun makam itu yang terletak kira-kira 10 kilometer ke selatan pusat bandar Damsyik dikawal ketat tentera kerajaan Syria, ia masih menjadi sasaran serangan beberapa kumpulan penentang Presiden Bashar al-Assad.

Serangan terbaru sebelum ini ialah pada 25 April lalu yang menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang mati dan puluhan lagi cedera.


Beberapa pengeboman oleh Daish berhampiran makam itu Februari lalu menyebabkan 134 orang mati, kebanyakannya orang awam.

Pada Januari, serangan yang juga didakwa dilakukan Daish menyebabkan 70 orang terbunuh.

Kumpulan Hizbullah dari Lubnan berkata, ancaman terhadap makam Zayyida Zeinab itu menjadi punca utama ia menyokong Bashar dan turut serta dalam perang saudara Syria.

Makam itu dikatakan menempatkan pusara Zainab, cucu Nabi Muhammad (SAW). – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori