Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

CEC DAP Cerminkan Ketidakmampuan...

GEORGE TOWN - Masalah yang dihadapi oleh DAP berhubung Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) mencerminkan ketidakcekapan pimpinan tertinggi parti itu...

Bahasa Arab Boleh Bantu...

KUALA LUMPUR - Pakar linguistik dan cendekiawan dalam dunia kesusasteraan Arab boleh memainkan...

T’ganu Iktiraf Dr. Fauziah...

KUALA NERUS - Usaha aktivis dan doktor perubatan negara yang mengikuti misi 'Women's...

“Allah Ganti Sedih Saya...

TIADA yang lebih menggembirakan seorang bekas pesakit Covid-19 apabila mengetahui plasma darahnya boleh...

Atlit Paralimpik Didakwa Terlibat Sindiket Pelacuran

ATLIT Paralimpik Singapura, Adam Kamis mengaku salah terlibat dalam sindiket pelacuran melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Adam, 37, yang dikenali sebagai pelari pecut bertangan satu mengaku bersalah semalam dan kesnya kini masih lagi dalam perbicaraan mahkamah.

Adam yang menubuhkan sebuah syarikat membekalkan khidmat teman sosial (social escort) pada 2013 dipercayai dalam diam-diam turut membekalkan perkhidmatan pelacuran kepada pelanggannya.

Menggunakan nama samaran Angel Tan di laman sosial Facebook, Adam dikatakan memberi mesej peribadi kepada wanita-wanita cantik yang dirasakan berpontensi menjadi ‘pekerja’nya.

Dalam mesejnya, Adam cuba memancing wanita-wanita dengan mengatakan dia menawarkan kerja separuh masa dengan bayaran gaji lumayan.

Selepas mesejnya dibalas, dia akan mempelawa mereka datang ke rumahnya untuk temuduga kerja.

Adam yang dikatakan hanya menemuduga wanita-wanita itu di rumah ketika isterinya tiada, akan mengarahkan mereka berbogel untuk melihat sama ada layak atau tidak bergelar teman sosial.


Hasil siasatan polis mendapati mangsa-mangsa Adam berusia 16 hingga 38 tahun dan datang daripada pelbagai latar belakang termasuk guru tadika, pembantu klinik dan akauntan.

Adam patah tangan kanan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2003 sementara tangan kirinya lumpuh.

Dia kemudiannya berlatih lari pecut di atas nasihat doktor dan sejak itu mula mewakili kota Singa dalam mana-mana kejohanan untuk atlit kurang upaya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori