Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Indonesia Terima Bantuan Mencari...

PUTRAJAYA - Kerajaan Indonesia telah menyatakan penghargaan dan bersetuju untuk menerima bantuan mencari...

Sultan Johor Mahu Semua...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu pihak tertertentu...

GMMF Mengutuk Keras Serangan...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) menyuarakan kebimbangannya serta mengutuk sekeras-kerasnya...

KESA FC Digantung, Disingkir...

KUALA TERENGGANU: KESA FC yang terbabit dengan insiden pergaduhan dalam Liga Bolasepak Terengganu...

Imam Muda Dikritik Hebat Kerana Status Antivaksin

AKHIR-AKHIR ini wujud segelintir golong ibu bapa yang tidak mahu anak mereka diberikan suntikan vaksin kerana mereka mempercayai khabar angin dari Internet tentang bahaya pengambilan vaksin.

Telah menjadi kebiasaan apabila ramai yang lebih mempercayai Dr. Google dari mendengar nasihat yang diberikan oleh doktor yang memang terbukti ahli dalam bidangnya.

Ekoran isu vaksin yang sedang hangat diperkatakan, Imam Muda Ammar telah memuat naik satu posting di akaun Facebook miliknya tentang pengambilan vaksin kepada kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, status yang ditulis oleh Imam Muda Ammar telah mencetuskan kemarahan dan dikritik teruk oleh netizen.

Imam Muda Ammar mempertikai dan memperlekeh pengambilan vaksin dengan mendakwa vaksin tidak akan membantu melambatkan kematian seseorang.

Imam Muda Dikritik Hebat Kerana Status Anti Vaksin

Rata-rata pengguna laman sosial menghentam teruk status antivaksin yang ditulis oleh Imam Muda tersebut.

Ada juga yang menggelar Imam Muda Ammar sebagai penunggang agama yang hanya menggunakan agama untuk kepentingan tersendiri tanpa mengetahui fakta sesuatu perkara.

Imam Muda Dikritik Hebat Kerana Status Anti Vaksin

Susulan dari status tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah mengkritik tindakan Imam Muda tersebut di Facebooknya dan ia telah dikongsi lebih dari 3,000 kali.

Bagi Noor Hisham, dia menyifatkan kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seseorang yang menggelarkan dirinya Imam Muda.


Imam Muda Dikritik Hebat Kerana Status Anti Vaksin

Setelah mendapat kecaman yang teruk, Imam Muda Ammar telah memadam status tersebut tetapi perkara itu tidak berakhir setakat itu. Sekali lagi dia dihentam teruk oleh pengguna media sosial.

Imam Muda Dikritik Hebat Kerana Status Anti Vaksin

Kementerian Kesihatan (KKM) juga menasihati ibu bapa untuk mendapatkan anak mereka suntikan imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi mereka daripada pelbagai ancaman penyakit termasuk jangkitan difteria yang boleh membawa maut.

Seorang kanak-kanak perempuan berasal dari Melaka berusia 7 tahun disahkan meninggal dunia pada Sabtu lepas akibat dijangkiti bakteria difteria.

Noor Hisham berkata, dua kes kematian disyaki akibat jangkitan itu telah direkodkan termasuk satu kematian di Melaka pada Sabtu lepas dan Kedah, pagi tadi.

Tambah Noor Hisham, kedua-dua kes kematian ini berpunca dari komplikasi jangkitan kerana tidak mengambil suntikan imunisasi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori