Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kegagalan Pahang Pada Saingan...

KUANTAN - Kegagalan Pahang FC untuk mara ke saingan Piala FA selepas tewas...

Lelaki Goreng, Makan Kaki...

SEORANG lelaki di Ukraine bukan sahaja tergamak membunuh teman wanitanya, tetapi sanggup makan...

Parlimen Hanya Gubal Undang-Undang,...

PUTRAJAYA - Parlimen melangkaui kuasa perundangannya apabila pindaan terhadap satu peruntukan dalam Akta...

Runtuhan kuari:Bomba, PDRM Bincang...

Ipoh : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan mengadakan perbincangan dengan...

Informasi Mengenai Latar Belakang Imam Muda Ammar

HEBOH di laman sosial berkaitan posting sensasi yang dimuat naik oleh seorang individu yang dikenali sebagai Imam Muda Ammar berkaitan isu pengambilan vaksin kepada kanak-kanak.

Namun mesti ramai yang tertanya-tanya di sebalik viral isu tersebut, siapakah Imam Muda Ammar sebenarnya? Di sini Mynewshub kongsikan sedikit mengenai latar belakang dirinya.

Baca: Imam Muda Dikritik Hebat Kerana Status Antivaksin

Juga: Difteria – Pastikan Anak Dapat Vaksin 5 Serangkai

Lagi: Andai Agenda Yahudi, Kenapa Israel Banyak Ambil Vaksin?

Imam Muda Ammar Tak Nak Pegang Title Imam Muda Dah?
Imam Muda Ammar

Ammar atau nama sebenarnya Ammar Wan Harun, merupakan bekas peserta program realiti agama pencarian Imam Muda musim kedua yang disiarkan melalui saluran Astro Oasis.

Ia mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 2011 dan menjadi popular sehingga menjadi ikutan kepada banyak program seumpamanya seperti Dai di stesen TV3.

Menerusi program realiti pencarian pelapis imam daripada kalangan orang muda, Imam Muda Ammar, 32; mendapat tempat ketiga mengalahkan dua lagi rakan seperjuangannya pada peringkat separuh akhir.

Informasi Mengenai Latar Belakang Imam Muda Ammar

Ammar merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur dan menetap di Ulu Kelang sebelum berhijrah ke Johor Bahru. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Skudai, Johor.


Selepas itu mengikuti pengajian di Miftahul Uloom, Masjid Jamek Sri Petaling Kuala Lumpur selama 3 tahun dalam hafalan Al-Quran.

Beliau pernah mendapat ijazah dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab serta Sanad Hadith Al-Bukhari di tempat yang sama.

Selain itu, dia juga merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Kepujian daripada Kolej Universiti Insaniah Kedah dalam jurusan Syariah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori