Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Cecah Paras...

SINGAPURA - Harga minyak mentah Brent jatuh ke paras hampir AS$72 (RM241) setong...

1,300 Peserta Sertai Berbasikal...

SEBANYAK 1,300 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Eropah, Jepun, Indonesia dan...

Coklat Klasik Rusia Ada...

MOSCOW – Coklat bernutrisi yang terkenal dari era Kesatuan Soviet iaitu Hematogen atau...

2 Penyelia Lombong Haram...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

3 Borang Pencalonan PRK Parlimen Kuala Kangsar Dibeli

KUALA KANGSAR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak mengesahkan tiga borang pencalonan telah dibeli setakat semalam, menjelang hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar esok.

Pengarahnya Ahmad Adli Abdullah berkata ada kemungkinan pembelian borang itu bertambah pada saat-saat akhir.

“Kemungkinan banyak yang datang beli borang itu tetap ada,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Barisan Nasional (BN) menamakan Datin Mastura Mohd Yazid, isteri Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar, sebagai calonnya manakala PAS meletakkan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad.

Parti Amanah Negara (Amanah) pula mencalonkan bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Ahmad Termizi Ramli.


Selasa lepas, penolong setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Taman Cempaka di Selangor Syed Rosli Syed Harman Jamalullail menyatakan hasrat bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Kuala Kangsar.

Proses penamaan calon diadakan di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar bermula 9 pagi esok.

Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar pemilih SPR sehingga 7 Mei lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori