JANTUNG pisang bukan sahaja lazat jika pandai dimasak malah mempunyai kandungan nutrisi yang baik, termasuk untuk kesihatan kaum wanita.
Kaya dengan vitamin E dan flavanoid, jantung pisang yang bewarna ungu menyimpan nilai kesihatan yang baik untuk mengatasi masalah yang sering dialami perempuan. Antaranya;
1- Mencegah haid berlebihan.
Menstruasi merupakan pengalaman ngeri bagi sesetengah perempuan apabila darah yang dikeluarkan melebihi kuantiti normal. Jantung pisang yang direbus dan dimakan dengan yogurt boleh dijadikan ubat mengatasi masalah tersebut. Resepi tersebut akan membantu menstabilkan hormon progesteron dalam tubuh dan mengurangi pendarahan.
2- Meningkatkan kuantiti susu.
Kuantiti susu badan yang sedikit semasa menyusukan bayi sering kali menjadi masalah bagi wanita bergelar ibu. Dalam senarai makanan yang disarankan untuk menambah kuantiti susu, jantung pisang merupakan salah satu makanan terbaik untuk meningkatkan produksi susu badan.
3- Ubat anti depresi semula jadi.
Wanita untuk beberapa jangka masa tertentu pasti merasakan depresi dan terdapat ubat farmasi untuk mengatasinya. Jantung pisang juga sebenarnya merupakan makanan semula jadi yang boleh membantu melawan depresi dan membuatkan kehidupan seharian lebih positif. Paling bagus, tiada sebarang bahan kimia dan kos mendapatkan jantung pisang juga lebih rendah. – MYNEWSHUB.CC