Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lepas Kena ‘Tinggal’, Alexis...

ALEXIS Sanchez akhirnya berpeluang menyertai jelajah pra-musim Manchester United di Amerika Syarikat selepas...

Dikecuali Duti Setem Saham...

SETAKAT ini, terdapat lebih 350 syarikat permodalan sederhana dan kecil tersenarai di Bursa...

Cadangan Tutup Jalan Untuk...

PETALING JAYA - Ahli politik kerajaan dan pembangkang membantah idea Menteri Wilayah Persekutuan...

Tun Jeanne Gesa Ibu...

KUALA LUMPUR - Ibu bapa perlu mendorong dan membantu anak masing-masing meneroka alam...

3 Maut, 45 Cedera Tunjuk Perasaan Di Mexico

MEXICO CITY – Pertembungan ganas di antara ahli kesatuan perguruan dan polis di selatan Mexico pada Ahad menyebabkan tiga maut dan 45 cedera ketika pihak berkuasa berusaha meleraikan penunjuk perasan daripada menyekat laluan lebuh raya.

Pegawai perkhidmatan kecemasan di wilayah Oaxaca mengesahkan kematian itu dan jumlah mereka yang cedera walaupun tidak dapat dipastikan punca yang mencetuskan keganasan berkenaan.

Suruhanjaya Keselamatan Kebangsaan Mexico (CNS) melaporkan bahawa 21 anggota persekutuan dan polis wilayah antara mereka yang mengalami kecederaan.

Polis persekutuan mengiringi 120 trak tangki membawa sisa buangan kimia dari kilang penapisan dekat Salina Cruz, milik syarikat minyak negara, Pemex.

Pada Jumaat, Pemex memberi amaran bahawa syarikat itu terpaksa menutup operasinya dalam ‘beberapa hari’ jika berlaku sekatan laluan lebuh raya.


Pertembungan pada Ahad itu membabitkan penunjuk perasaan memakai topeng yang membaling batu ke arah polis yang melepaskan gas pemedih mata memuncak beberapa hari selepas penyokong kesatuan guru mengambil alih lebuh raya dekat bandar Nochixtlan kira-kira 80 kilometer barat laut ibu negeri, Oaxaca City.

Minggu lalu, polis menahan pemimpin kesatuan guru tempatan atas dakwaan rasuah, sekali gus melipat ganda usaha kerajaan untuk bertindak terhadap perubahan dalam sektor pendidikan yang mencetuskan tunjuk perasaan selama beberapa bulan di negara itu. – Reuters/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori