ISTANBUL – 36 orang maut dan sekurang-kurangnya 88 lagi cedera selepas terminal di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul diletupkan oleh dua lelaki bersenjata berani mati kira-kira jam 10 malam Selasa (3 pagi Rabu, waktu Malaysia).
Dilaporkan, kira-kira 49 buah ambulans telah dikejarkan ke lapangan terbang antarabangsa tersebut dan enam yang tercedera berada dalam keadaan agak kritikal.
Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum dipastikan kerakyatan mereka yang terbunuh dan cedera dalam kejadian letupan tersebut.
Susulan letupan yang berlaku, semua penerbangan keluar dan masuk ke lapangan terbang tersebut dibatalkan.
Menurut Gabenor Istanbul, Vai p Sahin, sisatan awal mendapati penyerang telah melakukan serangan di tiga tempat berbeza di lapangan terbang tersebut.
Suspek dipercayai menggunakan senjata raifal Kalasnikov dan terdapat dakwaan yang mengatakan bunyi tembakan kedengaran di tempat letak kereta lapangan terbang.
Rakaman video menunjukkan orang ramai yang berada di tempat kejadian terpaksa berlari mencari tempat perlindungan. – MYNEWSHUB.CC