Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

William, Kate Beri Penghormatan...

LONDON - Putera William dan isterinya, Kate, mengunjungi Stadium King Power di Leicester...

Malaysia Akan Mohon Lanjut...

Kuala Lumpur: Malaysia akan membuat permintaan kepada China supaya tempoh peminjaman pasangan panda,...

26 Terkorban Serangan Udara...

BEIRUT - Sekurang-kurangnya 26 orang terkorban kebanyakannya kanak-kanak sekolah dalam serangan udara oleh...

Imigresen Mula Lakukan Operasi...

KLANG - Jabatan Imigresen mula melakukan operasi besar-besaran memburu  Pendatang Asing Tanpa Izin...

4 Maut Akibat Gelombang Kepanasan Di AS

LOS ANGELES – Sekurang-kurangnya empat kematian direkodkan akibat gelombang kepanasan yang melanda barat Amerika Syarikat dan menyebabkan amaran kebakaran hutan di seluruh wilayah itu.

Mangsa ialah tiga pendaki dan seorang penunggang basikal gunung di Arizona, lokasi suhu tinggi memecah rekod dilaporkan di beberapa kawasan.

Jurucakap jabatan bomba Phoenix, Larry Subervi, berkata salah seorang mangsa ialah penunggang basikal gunung wanita berpengalaman berusia 28 tahun yang melakukan kayuhan dua setengah jam di Phoenix dengan air mencukupi tetapi tidak tahan dengan gelombang panas.

Mangsa lain ialah lelaki 25 tahun yang meninggal dunia ketika mendaki Peralta Trail berhampiran Gold Canyon, gadis berusia 19 tahun yang meninggal dunia ketika mendaki di Tuscon dan seorang lelaki ditemui mati berhampiran satu lagi denai.

“Kami mengalami keadaan ini setiap tahun tetapi menghampiri rekod sepanjang masa pada 1990 dengan 50 darjah Celsius,” kata Subervi.


Beliau berkata, suhu pada Ahad meningkat kepada 48 darjah dan ia bertambah buruk pada Isnin sebelum kembali menurun sepanjang minggu ini. Gelombang kepanasan turut menyebabkan kebakaran hutan di California, New Mexico dan Arizona, memaksa penduduk berpindah di beberapa kawasan.

Kira-kira 140 keluarga dipindahkan di Santa Barbara di California, yang menyaksikan 2,000 anggota bomba berusaha mengawal kebakaran digelar Sherpa yang sudah membakar kawasan seluas hampir 3,200 hektar. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori