Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bot Tempur CB204 Dijangka...

KOTA KINABALU - Bot tempur CB204 yang berjaya ditemui petang semalam setelah dilaporkan...

Kajian Hukuman Mati Mandatori...

PUTRAJAYA - Hasil kajian Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori...

Berlaku Diskriminasi, Afdlin Shauki...

PELAKON dan pengarah filem terkenal Afdlin Shauki mengejutkan peminat industri hiburan apabila mengumumkan...

Kajian Perlindungan Kandungan Media...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak kajian harus dijalankan oleh profesional industri media, pakar...

40 Bangkai Anak Harimau Ditemui Dalam Kuil

BANGKOK – Pihak berkuasa hidupan liar Thailand menemui 40 bangkai anak harimau dalam peti sejuk di Kuil Harimau ketika mereka memindahkan haiwan itu yang masih hidup, semalam.

Selain itu, tiga orang sami juga didakwa pihak berkuasa negara itu atas dakwaan menyeludup kulit harimau dan azimat dari haiwan berkenaan.

“Kuil ini mungkin ada muslihat kerana menyimpan bangkai berkenaan. Saya tidak dapat mengagaknya,” kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Taman Negara, Adisorn Nuchdamrong.

Menurutnya, bangkai anak harimau itu ditemui dalam peti sejuk beku di kawasan dapur kuil berkenaan.

Bahagian tubuh bangkai harimau banyak digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Cina.

Kuil Buddha di Kanchanaburi, wilayah di barat Bangkok, adalah antara destinasi popular dalam kalangan pelancong.


Bagaimanapun, ia disiasat kerana disyaki mempunyai hubungan dengan penyeludupan serta penderaan hidupan liar.

Serbuan dilakukan Isnin lalu untuk membawa keluar harimau berkenaan.

Sehingga semalam, 52 harimau hidup sudah dibawa keluar sementara 85 lagi masih berada dalam kuil berkenaan. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori