Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SIGC Tarik Balik Larangan...

SEREMBAN - Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) membuat...

Awan Bergulung Gemparkan Penduduk...

TELUK INTAN - Awan bergulung seperti ombak gadang yang muncul di ruang angkasa...

Lelaki Diberhentikan Kerja Sebab...

HANYA kerana satu status 'panas' di Facebook, seorang lelaki telah kehilangan kerjanya disebabkan...

26 Pelancong China Nyaris...

BANGKOK ā€“ Dua puluh enam pelancong dari China nyaris maut apabila sebuah bot...

50 Tahun Berlalu, Akhbar Ini Akhirnya Mohon Maaf Pada Ali

PERMERGIAN lagenda tinju Muhammad Ali ke rahmahtullah, ternyata begitu dirasai oleh seluruh dunia.

images

Impak berita duka itu juga membuatkan sebuah akhbar The Courie-Journal terbitan Louisville, Amerika membuat permohonan maaf kepada Muhammad Ali secara terbuka.

Permohonan maaf itu dibuat kerana setelah bertahun-tahun bintang sukan terkenal itu memeluk Islam, akhbar itu tetap berdegil dan enggan menukar namanya kepada Muhammad Ali.

Akhbar itu hanya merujuk petinju itu dengan nama lamanya iaitu Cassius Clay.

7a6a4351746d4898183a5501e8ebdbca (1)

Bagaimanapun, selepas Muhammad Ali meninggal dunia atau dianggarkan 50 tahun kemudian, barulahƃā€šĆ‚Ā The Courie-Journal menyedari kesilapannya dan memohon maaf.


Pengarang Eksekutif The Courier-Journal, Neil Budde, berkata, bertahun lamanya akhbar itu mengabaikan permintaan petinju itu yang mahu dia dikenali sebagai Muhammad Ali.

“Kami tidak pernah pun cuba menjangkakan apa motif di sebalik tindakan pengarang The Courier-Journal ketika itu.

“The Courier-Journal memang antara pejuang awal hak-hak sivil dan menghapuskan diskriminasi, namun nampaknya kita mengambil pendekatan aneh untuk bermusuhan mengenai isu nama Ali, dan ia tidak banyak membantu memperbaiki hubungan antara kaum pada ketika ia bergelora,” tulisnya menerusi rencana pengarang akhbar berkenaan.

Difahamkan,ƃā€šĆ‚Ā The Courier-Journal bukanlah satu-satunya media AS yang terus mengabaikan nama Muhammad Ali.

Muhammad Ali yang memeluk Islam sekitar tahun 1964, ƃā€šĆ‚Ā menghembuskan nafas terakhirnya pada 3 Jun lalu dipercayai akibat masalah pernafasan dan derita penyakit Parkinson. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori