Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kuota Haji Tahun Ini...

KUANTAN - Kuota jemaah haji Malaysia bagi tahun ini kekal sebanyak 22,320 orang...

Tubuh Pakatan Harapan Sarawak...

KUCHING - DAP Sarawak, PKR Sarawak dan Parti Amanah Negara Negeri Sarawak (Amanah...

Kehilangan MH370 Sejak 4...

KEHILANGAN pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak empat tahun lepas masih kekal misteri dengan...

Frekuensi Radio: Peniaga Dihadap...

GEORGE TOWN - Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua...

7 Kawasan PA & PPR Bakal Dipasang Pagar Tahun Ini – DBKL

KUALA LUMPUR – Tujuh kawasan projek Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bakal mendapat pagar baharu yang akan dipasang mulai tahun ini.

Antaranya ialah PPR Muhibbah, PPR Kampung Limau, PPR Intan Baiduri, PPR Beringin, PPR Batu Muda dan Kompleks Belia Cheras.

Menurut Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Khalid Zakaria, pagar di kawasan PPR Pudu Ulu pula akan dibaik pulih dengan segera.

“Dalam masa sama, pemasangan pagar di PPR dan PA yang lain masih dikenal pasti dalam usaha mengekang kejadian kecurian kenderaan yang kerap berlaku di kawasan tersebut,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL Wan Mohd Ghazali Nor pula mengakui ketiadaan pagar turut menyebabkan kawasan tersebut mudah dicerobohi orang luar seterusnya boleh mengakibatkan pelbagai kes jenayah antaranya kecurian kenderaan, vandalisme dan masalah penagihan dadah.

“DBKL sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki kemudahan di kawasan perumahan seperti ini demi keselesaan penduduk,” tambahnya.

Khalid berkata penggunaan ciri keselamatan lain seperti kamera litar tertutup (CCTV) juga akan diperluaskan secara berperingkat di seluruh PPR dan PA yang dilihat dapat menurunkan kadar statistik kes kecurian kenderaan di kawasan itu.


“Penglibatan dan kerjasama menyeluruh kakitangan DBKL, persatuan penduduk serta badan bukan kerajaan di kediaman masing-masing sangat penting dalam menangani isu kecurian yang semakin berleluasa di sini,” katanya.

Dalam pada itu, DBKL juga telah melantik lebih 1,000 anggota bomba sukarelawan terdiri daripada penduduk PPR dan PA yang akan membantu menjadi ‘mata telinga’ kepada para penghuni dan DBKL, di samping menjaga keselamatan harta benda awam.

“Setakat ini, seramai 600 sukarelawan telah diberikan kursus oleh ahli bomba terlatih dan kemudahan seperti uniform dan peralatan lain turut disediakan.

Diharap pasukan ini dapat membantu penduduk jika menghadapi sebarang masalah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori