Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Indonesia Terhina Dengan...

JAKARTA/BOGOR - Indonesia tidak pernah menyembunyikan sebarang kes jangkitan koronavirus Covid-19 di negara...

Ancaman Daesh Sempena Hari...

KUMPULAN militan Daesh mula 'mengganas' di negara ini dengan membuat kemunculan pada hari-hari...

Bayi Ada 31 Jari...

IBU bapa kepada seorang bayi dari Hunan, China memerlukan dana orang ramai bagi...

2 Maut, 7 Parah...

PETALING JAYA - Dua maut manakala tujuh lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga...

9 Kawasan Rekod Indeks Pembiakan Aedes Tinggi Di Perlis

KANGAR – Sembilan kawasan di Perlis direkod mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi berlaku kejadian demam denggi dan demam denggi berdarah bagi minggu bermula dari 28 Mei hingga 4 Jun tahun ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zaini Hussin dalam kenyataan hari ini berkata secara kumulatif pada minggu ke-22 tahun ini, berlaku penurunan tiga kejadian wabak berbanding 12 kejadian dilaporkan bagi tempoh sama tahun lepas.

Sembilan kawasan berkenaan ialah Medan Ikan Bakar Kuala Perlis dan Kampung Pak Lengah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis; Kampung Binjal, Kampung Sentua, dan kuarters Polis Seriab (DUN Kayang); Pekan Mata Ayer (DUN Mata Ayer), Kampung Belat Raja (DUN Pau), Kampung Wang Besar (DUN Bintong) dan Taman Repuh, Padang Pauh (DUN Santan), menurut kenyataan itu.

Sebanyak 539 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan melibatkan 15 kawasan di seluruh negeri dan 30 premis didapati positif pembiakan Aedes.


Sementara jumlah kes demam denggi/demam denggi berdarah adalah sebanyak 83 kes, penurunan sebanyak 27 kes atau 24.55 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya iaitu 110 kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori