Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Terlalu Sedih, Ibu Nekad...

TRAGIS... Seorang ibu bertindak di luar kawalan apabila sanggup membunuh diri dengan terjun...

Mayat Ketiga Lengkap Berpakaian,...

SRI AMAN - Mayat ketiga susulan tragedi helikopter hilang Khamis lepas, ditemkani di...

Penjual Ikan Cedera Ditetak...

GEORGE TOWN - Seorang penjual ikan cedera selepas ditetak dua lelaki tidak dikenali...

Isteri Maut, Suami Cedera...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera apabila motosikal ditunggangi mereka...

Ahli Perniagaan Mati Ditembak Ketika Memandu

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan ditemui mati ditembak dalam kenderaannya dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Sungai Rasau di sini hari ini.

Mangsa dikenali Gooi Tan Hock, 43, ditemui mati dengan enam kesan tembakan di bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat


berkata dalam kejadian kira-kira 4.35 petang itu, mangsa dipercayai dari arah Klang menuju ke rumahnya di Kajang.

“Mangsa dipercayai mati ditembak ketika sedang memandu kereta Toyota Velfire oleh seorang individu menaiki motosikal sehingga menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas ke bahu jalan. Lelaki ini dipercayai sempat membayar tol menggunakan kad Touch N Go sebelum kejadian berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya enjin kereta mangsa masih hidup ketika polis menemui mangsa dalam kereta dan siasatan mendapati tiada barangan berharga di dalam keretanya.


Hasil siasatan, katanya menemui 10 kesan tembakan di bahagian luar kereta mangsa manakala enam tembakan di badan mangsa.

Shafien tidak menolak kemungkinan suspek adalah seorang penembak profesional berikutan ketepatan tembakannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori