Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MCA Tiada Hak Bubar...

KUALA LUMPUR - MCA tidak berhak membubarkan Barisan Nasional (BN) kerana keputusan itu...

SPR Sedia Beri Penjelasan...

YAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan memberi penjelasan di mahkamah sekiranya...

Lelaki Maut Motosikal Bertembung...

TAWAU - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangya bertembung dengan sebuah kereta...

Amirudin Nafi Berlaku Rombakan...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Amirudin Shari hari ini menafikan akan berlaku...

Ahmad Bashah Dijangka Kembali Bertugas Ahad Ini

SUNGAI PETANI – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dijadual kembali memulakan tugas rasminya pada Ahad ini berikutan keadaan kesihatannya yang semakin baik.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, bagaimanapun pakar perubatan menasihatkan Ahmad Bashah supaya memulakan tugasnya secara perlahan-lahan.

“Menteri Besar sudah sihat dan beliau dijadual mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 3 Julai (Ahad) nanti di Wisma Darul Aman, diikuti program moreh bersama media dan satu lagi program keesokan harinya.

“Sekarang ini beliau masih berehat di rumah. Doktor menasihatkannya untuk bermula dengan perlahan-lahan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Muafakat Soq Mahasiswa Kedah 2016 di perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) di sini, hari ini.

Shaiful Hazizy berkata, Ahmad Bashah bagaimanapun masih perlu menjalani rawatan susulan di hospital namun belum pasti kekerapannya.


Ahmad Bashah dilaporkan pitam ketika menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora, Alor Setar pada 4 Jun lalu sebelum dikejarkan ke Kedah Medical Centre dan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada hari berikutnya.

Sepanjang berada di HPP, Ahmad Bashah turut menjalani pembedahan akibat komplikasi usus. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori