Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ajaib Bayi Dicampak Dari...

LONDON - Seorang wanita kehilangan dua daripada enam anaknya ketika cuba melarikan diri...

Wajarkah Hukuman Ahli Kongsi...

KUALA LUMPUR - Keputusan Timbalan Pendakwa Raya meminda pertuduhan ke atas 57 ahli...

Ular Mungkin Punca Virus...

KUALA LUMPUR - Ular mungkin punca punca wabak virus korona di China.Sehingga kini...

1,194 Notis Dikeluarkan Dalam...

BUTTERWORTH - Sebanyak 1,194 notis dikeluarkan kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang...

Aida Aris Sangkal Dakwaan Dera Anak Tiri

PELAKON Aida Aris menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendera anak tirinya dan dia juga mengakui telah menyerahkan kembali dua orang anak tirinya kepada bekas isteri kerana tidak mahu sebarang masalah berkaitan hak penjagaan kelak.

“Saya terkejut apabila dikatakan mendera anak tiri saya kerana perkara itu tiada sebarang sebarang bukti yang sah dari doktor.

“Suami saya juga telah menyerahkan kembali dua orang anaknya kepada bekas isteri yang berada di Kedah kerana tidak mahu sebarang masalah melibatkan hak penjagaan mereka.

“Saya ada membaca laporan polis yang dibuat terhadap saya yang mengatakan saya mendera mereka sehingga berdarah tetapi tiada bukti perubatan diberikan dalam laporan tersebut.

“Saya boleh saman malu jika betul saya tidak bersalah,” katanya kepada mStar Online.


Tambah Aida, dia menganggap perkara itu sebagai ujian dari Allah kepadanya yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga. Dia juga menjelaskan bahawa dia dan suami turut merancang untuk mengambil anak angkat kerana mereka masih belum dikurniakan anak sejak berkahwin. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori