Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kereta Api Jarak Paling...

MADRID – Sebuah kereta api barang antarabangsa semalam muncul menjadi tren pertama terus...

Mayat Warga Emas Ditemui...

REMBAU - Mayat seorang warga emas ditemui tersangkut di celah pokok di Sungai...

Jumlah Perbelanjaan Kerajaan Bagi...

KUALA LUMPUR - Jumlah perbelanjaan kerajaan bagi 2020 dijangka lebih tinggi sebanyak RM295.1...

PPIM Nafi Disogok McDonald’s...

SANGKAL... Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan tuduhan konon mereka terima sogokan McDonald’s...

‘Alah Bisa, Tegal Biasa’ – Nazri Ulas Tun M Muncul PRK

KUALA KANGSAR – Ibarat alah bisa, tegal biasa. Kehadiran dramatik Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar tidak beri kesan ketara.

Perkara itu diluahkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO,  Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada pemberita sebagai mengulas kemunculan Mahathir berkempen agresif bersama-sama pembangkang dalam dua PRK itu.

Lebih aib, Mahathir hasut rakyat di dua kawasan Parlimen itu menolak calon BN, walhal parti berkenaan teguh selama 22 tahun mempertahankan pemerintahan beliau yang dikutuk pembangkang dengan pelbagai gelaran hina.

“Alah bisa, tegal biasa. Dia pun sudah buat macam itu lebih setahun, ini bukan benda baharu pun, kita pun telah lali sangat diserang sepanjang masa,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen BN Padang Rengas pada sidang media di sini.

Terdahulu Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan merasmikan majlis penutup Program Interaktif Seni Kraftangan serta Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah dan Ziarah Peringkat Perak 2016.

Mengulas lanjut beliau melahirkan rasa musykil dan yakin sebahagian besar rakyat pun tentu lebih musykil dengan tindakan Mahathir sanggup bersekongkol bersama pihak pembangkang yang pernah mengecam beliau sebelum itu.

“Kalau dia teruskan, dia cuma mahu hilang kepercayaan rakyat kepada BN, itu tepat tetapi saya fikir dia tidak dapat jejaskan BN. Kita lupakanlah dia dan tahu apa dia cakapnya itu memang tidak betul,” tegas Mohamad Nazri lagi.


Mahathir berada di sini pada Ahad lalu dan terbaharu Khamis ini selain di Sungai Besar dalam usaha memastikan rakyat dihasut agar terus membenci BN yang pernah diterajuinya sendiri selama 22 tahun. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori