Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Dilapor Hilang Ditemui...

PUTRAJAYA - Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika berada di bawah jagaan sebuah...

Hariri Kembali Ke Lubnan...

BEIRUT - Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri, kembali ke negaranya lewat semalam, menjelang...

APM Siap Siaga Hadapi...

KUANTAN - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini dalam proses agih 200 buah...

Ni Jadinya Bila Terlebih...

Rasanya kita kerap terjumpa teguran di media sosial berkaitan isu agama.Kadang-kadang teguran diberikan...

Alahai Calon PAN Di Kuala Kangsar Pengundi Shah Alam

KUALA KANGSAR – Harapan 32,949 orang pengundi Parlimen Kuala Kangsar untuk menyaksikan sendiri calon Parti Amanah Negara (PAN) beratur panjang mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 18 Jun ini tidak kesampaian.

Ini kerana ketika parti sekutu Pakatan Harapan itu sibuk mencanangkan kepada dunia bahawa calon mereka, Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli sebagai anak tempatan, mereka terlupa memberitahu beliau bukan pengundi di situ pula.

Perkara tersebut terbongkar apabila semakan pada nombor Mykad saintis nuklear yang pernah menyokong projek kontroversi Lynas di Pahang itu mendedahkan beliau mengundi di Parlimen Shah Alam dan DUN Kota Anggerik.

Ini berbeza dengan calon PAN untuk PRK Parlimen Sungai Besar di Selangor, Azhar Abdul Shukur yang bukan sahaja berasal dari situ, bahkan merupakan bekas guru dan kini mengusahakan perniagaan sendiri di kawasan itu.

Isu anak tempatan anehnya tidak berkumandang di Sungai Besar kerana secara kebetulan, calon PAS di situ, Dr. Abdul Rani Osman pun bukan penduduk di kawasan itu tetapi ia dimainkan begitu hebat di Kuala Kangsar pula.

Situasi ini nyata amat pelik ketika PAN menguar-uarkan Ahmad Termizi ada kaum keluarga yang besar di DUN Manong dan Bukit Chandan dalam Parlimen Kuala Kangsar serta berasal daripada keluarga pembesar Perak di sini.

Strategi PAN cuba perlekeh calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd. Yazid berasal dari luar Perak dan calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad juga bukan anak Kuala Kangsar ternyata hanya mengalih isu sebenarnya.

Hakikatnya, PAN terlupa Mastura yang bermastautin hampir 27 tahun di Kuala Kangsar bukan sahaja dikenali oleh masyarakat sebagai isteri kepada Ahli Parlimen, tetapi sangat disenangi pelbagai peringkat akar umbi setempat.

pan

kuale1

kuale2

Pergaulan Mastura yang tidak mewujudkan jurang dengan rakyat Kuala Kangsar merupakan kriteria utama sekali gus menunjukkan bahawa pemilihan beliau menepati ciri-ciri yang dikehendaki pengundi Bandar Diraja Perak itu.


Mastura malahan sering menemani allahyarham suaminya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sepanjang perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar sejak menang pada Pilihan Raya Umum 2013 lalu.

Bukan itu sahaja, Mastura yang merupakan pengundi di DUN Bukit Chandan dan Parlimen Kuala Kangsar tidak asing mengiringi suaminya ketika allahyarham menjadi ADUN Bukit Chandan selama sepenggal pada 2008-2013.

Ini bermakna pencalonan Mastura sebagai wakil BN dianggap langkah tepat bagi meneruskan kerja tertangguh yang telah direncanakan Allahyarham Wan Mohamad Khair-ill bagi membangunkan kelestarian rakyat Kuala Kangsar.

Justeru kempen pembangkang cuba bermain isu ‘orang luar’ yang sengaja merujuk kepada Mastura sebenarnya satu kesilapan besar, selain tohmahan konon tidak layak bertanding di Kuala Kangsar juga wajar ditolak sama sekali.

Anehnya latar belakang calon pembangkang sama ada daripada PAN, PAS waima wakil bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary sebenarnya merupakan pengundi luar dan inilah cuba disembunyikan oleh jentera pembangkang sendiri.

Melalui rekod daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan calon pembangkang mengundi di kawasan lain sekali gus menunjukkan mereka tidak mempedulikan nasib rakyat Kuala Kangsar kerana bukan menetap di sini.

Kesimpulannya perbandingan antara calon, rakyat dapat menilai bahawa calon BN merupakan pilihan terbaik untuk penduduk Kuala Kangsar sendiri sebagai sebuah parti siasah yang membela nasib rakyat. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori