Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

3 Rumah Musnah Terbakar,...

KUCHING - Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bintawa Hilir di sini...

Lebih 550 Pempamer Aeroangkasa,...

KUALA LUMPUR - Lebih 550 pempamer aeroangkasa dan maritim dari 36 negara menyertai...

Pulau Pinang Tidak Bubar...

GEORGE TOWN : Kerajaan Negeri Pulau Pinang mungkin tidak akan membubarkan Dewan Undangan...

Teksi Bermeter Dijangka Jadi...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan teksi bermeter dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa...

Alahai Calon PAN Jalan Seorang Diri Di K.Kangsar

KUALA KANGSAR – Entahlah di manakah silapnya? Masa senang mahu bersama, masa susah tinggal keseorangan. Mana pergi Tun Dr. Mahathir Mohamad? Mana Lim Kit Siang? Mana Mohammad Sabu? Awak kat mana?

Begitulah gambaran sedih melihat keadaan calon PAN, Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli ketika membuat tinjauan mesra pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di sini pada Sabtu.

Bekas ahli seumur hidup PAS itu dilaporkan tiba di Pusat Mengundi Taman Bunga Raya secara berseorangan sahaja sebelum meninjau ke beberapa buah lagi pusat mengundi lain kerana beliau bukan pun pengundi di Kuala Kangsar.

Walaupun tidak boleh mengundi kerana secara kebetulan menjadi pemilih berdaftar dan menetap di Shah Alam, Selangor, setidak-tidaknya iringlah Ahmad Termizi untuk melawat kononnya puluhan ribu pengundi setia beliau.

termizi1

termizi2

termizi3

termizi4

termizi6

Adakah ini tanda-tanda awal PAN akan kehilangan deposit pilihan raya? Keadaan ini jauh berbeza dengan calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd. Yazid yang ditohmah pembangkang sebagai bukan anak tempatan.

Balu allahyarham Wan Khair-il Anuar, iaitu bekas ahli Parlimen kerusi itu datang seawal jam 8 pagi ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Raja Mazuin di Bukit Chandan untuk menunaikan tanggungjawabnya itu.


Mastura yang masih lagi dalam tempoh edah dilihat sabar beratur kira-kira 20 minit sebelum dapat membuang undi dan ramai penduduk di situ amat teruja tidak melepaskan peluang beramah mesra serta bergambar dengan beliau.

Selain Ahmad Termizi yang gagal mengundi, calon PAS iaitu Dr. Najihatussalehah Ahmad dan wakil tunggal bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary juga merupakan pengundi di luar Bandar Diraja Perak itu. – Mynewshub.cc/HAA

mas3

mas2

mas1

mas4

mas5

#PRKKUALAKANGSAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori