Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kejam! Kompressor Udara Dimasukkan...

MALANG menimpa seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang bekerja sebagai buruh di sebuah...

Penyokong BN & NGO...

JELEBU - Lebih 200 penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)...

Propaganda DAP “Undi Adenan...

 OLEH: Mohd Puad Zarkashi.DAP akan mencari berbagai alasan kenapa jumlah kerusi mereka merosot...

Video: Luahan Cinta Budak...

Alahai budak-budak zaman la ni, suka melakukan perkara yang sesat lagi menyesatkan!Kita yang...

Alahai Petak Undi Calon PAN Paling Tiada Ong?

KUALA KANGSAR – Sebut sahaja fengshui, bagi peminat cerita politik tanah air pasti ingat antara alasan bodoh pernah diberikan DAP berhubung skandal banglo Lim Guan Eng ialah kedudukan kediaman itu kurang baik.

Maka dicanangkanlah ke seluruh dunia konon bahawa harga banglo Ketua Menteri Pulau Pinang di Jalan Pinhorn, George Town itu terpaksa dijual pada harga amat murah kerana faktor fengshui menurut kepercayaan kaum Cina.

Begitulah hujah pembangkang bermati-matian mempertahankan Setiausaha Agung DAP (jawatan belum disahkan pihak Pendaftar Pertubuhan susulan pemilihan parti diragui) waima menggunakan dalih yang tidak pun masuk akal.

Jika beginilah logik mereka, maka apa beza dengan kes banglo bekas menteri besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo yang dijual rendah kerana fengshuinya juga adalah tidak baik, malah langsung terletak di hujung jalan mati.

Umumnya sekiranya fengshui boleh dijadikan panduan, barang kali kedudukan petak dalam kertas undi calon Parti Amanah Negara (PAN), Ahmad Termizi Ramli untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar elok dibuat renungan.

Secara kebetulan calon ini minggu lalu terpaksa ‘merayu’ ihsan pelbagai organisasi media prokerajaan agar jangan menyebut nama akronim partinya itu sebagai PAN serta meminta digunakan singkatan Amanah selaku rujukannya.

termizi1

Alasan ‘jujur’ diberikan beliau ialah kerana sebutan PAN itu kebetulan menyerupai sebutan oleh kaum Cina yang bermaksud tunggul kayu atau dalam bahasa berlapik masyarakat Melayu pula lebih merujuk kepada orang bodoh!

Kisah akronim PAN yang menjadi bahan jenaka termasuk diterjemahkan sebagai periuk kuali daripada bahasa Inggeris tidak berakhir setakat itu apabila jentera PAN mengedarkan plakad kecil kepada penduduk tempatan.


Asalnya mungkin bertujuan bagi memaklumkan pengundi keadaan ‘rupa’ petak dalam kertas undi menunjukkan kedudukan Ahmad Termizi untuk dipangkah iaitu baris paling bawah yang tertera nama calon dan simbol PAN.

Lucunya, sekali lagi plakad itu menjadi bahan ketawa pengundi kerana ia secara teknikal meletakkan calon tersebut pada kedudukan keempat iaitu kurang tuah dari segi fengshui dan sebutan kaum Cina pula bermaksud tidak baik.

Alahai apakah ini petanda tersirat secara kebetulan kerana kedudukan calon dalam kertas undi lazimnya ditetap berdasarkan kepada siapa calon tiba awal di pusat penamaan dan yang terakhir diletakkan sebagai paling bawah.

Jika faktor fengshui menjadi bahan ukuran, nampaknya penduduk Kuala Kangsar sudah dapat meneka siapakah bakal pemenang PRK di kawasan mereka itu, sekali gus menjadi wakil rakyat baharunya. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

Baca: Misteri Kenapa PAN Malu Alah Dipanggil Sebagai PAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori