Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PH, BN, GPS, GRS,...

PUTRAJAYA : Lima gabungan parti politik hari ini memeterai pemuafakatan dan perjanjian persefahaman...

Sebuah Lapangan Terbang Akan...

KANGAR - Sebuah lapangan terbang akan dibina di negeri ini sebagai satu daripada...

Pasukan Recurve Campuran Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pasukan memanah recurve campuran Malaysia meraih pingat perak selepas persaingan...

Agong Rasmi Pembukaan Sidang...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan merasmikan istiadat pembukaan...

Amah Filipina Masuk Islam Lepas Fitnah Majikan Saudi

RIYADH – Seorang pembantu rumah warga Filipina dilaporkan memeluk agama Islam selepas berjaya memfitnah majikannya dengan begitu hebat dalam akhbar tempatan di negara asalnya di rantau Asia tenggara itu.

Menurut laporan portal berita Emirates 247, amah yang tidak didedahkan identitinya itu berbuat demikian selepas baharu menyedari majikannya telah mengugurkan segala kes jenayah pernah dilakukannya selama ini.

Wanita berkenaan selepas memfitnah dahsyat majikannya itu kemudian ditangkap pihak berkuasa Arab Saudi apabila dia kembali ke negara Asia barat tersebut susulan laporan polis dibuat oleh tuan rumahnya itu.

Turki Al Jaish pernah membuat laporan polis itu di bandar Onaizah di wilayah Al Qassim, tengah Arab Saudi, iaitu kira-kira 356 kilometer dari ibu kota Riyadh, menurut laporan akhbar tempatan, Alwatan baru-baru ini.

Beliau namun kembali semula ke balai berkenaan dan menarik balik segala laporan jenayah waima wanita tersebut mengakui secara terbuka memfitnah lelaki itu menuduhnya curi barangan kemas dari rumah majikannya.

maid1
Tidak seperti pembantu rumah warga Filipina di luar negara yang seksi dan berpegang teguh ajaran Kristian, peluang bertugas di Asia Barat menyebabkan ramai memeluk Islam. – Gambar hiasan

“Selepas mengugurkan kes, saya membawanya balik ke rumah saya dan tiba-tiba kemudian dia memutuskan untuk menganut Islam. Saya pun mengajarnya bagaimana untuk mengucap kalimah syahadah,” kata Turki.


Lelaki tersebut menambah, pembantu rumahnya itu kini sudah pun menjalani ibadah puasa fardu sepanjang bulan Ramadan, malah gembira dapat berbuka puasa bersama-sama dengan ahli keluarganya yang lain.

Akhbar berkenaan melaporkan, amah tersebut telah menukar namanya daripada Katrina kepada Jouri dan dipetik sebagai berkata: “Saya memutuskan untuk memeluk Islam selepas majikan memaafkan dosa saya.

“Dia (Turki) malah melayan saya begitu baik meskipun saya dahulu pernah memfitnah beliau dengan cukup dahsyat untuk memalukan dirinya sekeluarga sebelum itu.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori