Seorang anak yang berpisah dengan ibunya selama 14 tahun akhirnya bertemu semula dengan wanita berkenaan namun mengejutkan apabila si anak telah jatuh cinta dengan ibunya sendiri.
Shane Burke, 19, mengesan ibu kandungnya itu, Rose Bestall melalui Facebook dan dua beranak itu kemudiannya bertemu dalam keadaan penuh emosi, selepas lama terpisah.
Namun selepas beberapa minggu berlalu, Burke mula keliru terhadap perasaannya sendiri.
Ibunya, Rose menyerahkan Burke kepada keluarga angkat ketika Burke berusia lima tahun dan mengakui perasaan anaknya itu terhadap dirinya sebagai satu dilema yang amat besar.
“Saya tahu perasaan Burke benar-benar tidak sesuai tetapi saya sudah lama mencarinya dan tidak mahu menolaknya lagi.
“Saya beritahu dia bahawa saya sayangkannya tanpa syarat sebagai ibunya dan hubungan kami tidak boleh menjadi seperti apa yang diharapkannya,” katanya yang mengandungkan Burke ketika dia berusia 15 tahun.
Rose yang telah berkahwin dengan Darryl dan mempunyai empat anak, memaklumkan perkara itu kepada suaminya.
Dia kemudiannya memberitahu Burke bahawa hubungan mereka tidak boleh menjadi romantik, tetapi pada masa sama dia tidak akan memutuskan hubungan dengan anaknya.
Selepas mengetahui perasaan Rose itu, Burke akhirnya menyayangi Rose sebagai ibunya, tidak lebih daripada itu.
“Saya masih memanggilnya Rose dan kami kini masih menyesuaikan diri dan saya juga perlukan masa untuk memanggilnya ibu,” katanya.