Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Perceraian Termahal Dunia Libatkan...

IA merupakan perceraian termahal di dunia. Apa tidaknya, seorang hartawan di Rusia akhirnya...

Malaysia Tidak Iktiraf Pengundi...

TUMPAT - Kerajaan memberi peringatan bahawa pengiktirafan warganegara tidak diberikan kepada mereka yang...

SPRM Tahan 3 Anggota...

BUKIT MERTAJAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga anggota polis kerana...

Kantoi Onani, Hisap Puting...

ALAHAI.. terbeliak biji mata gamaknya melihat aksi seorang lelaki yang sempat melampiaskan nafsu...

Anggota APMM Maut Dalam Kemalangan Dekat Mersing

JOHOR BAHRU – Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) maut manakala dua yang lain cedera ringan apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan barangan beku di KM10 Jalan Mersing-Endau dekat Mersing, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing DSP M.Kumar berkata kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi dan menyebabkan mangsa, Laskar Kelas I (LK I) Maritim Jackson Arthur John Tan, 29, yang merupakan penumpang hadapan kereta terbabit meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Beliau berkata dua yang lain iaitu Laskar Kelas II (LK II) Maritim Shahrizul Sahili, 24, yang memandu kereta terbabit dan penumpang belakang, Lt Komander Maritim Mohd Nizam Mohd Yassin, 32, masing-masing cedera di kaki serta dahi kiri manakala pemandu lori berumur 34 tahun, cedera di mata kanan.

“Kejadian berlaku ketika kesemua anggota dan pegawai KM Nipah, Daerah Maritim 6, yang menaiki kereta milik APMM jenis Proton Waja itu sedang dalam perjalanan dari arah Johor Baharu menuju Endau, Mersing.

“Dipercayai kereta itu cuba untuk memotong sebuah kenderaan…namun tidak sempat memasuki lorongnya semula lalu tidak dapat mengelak lori membawa muatan barangan beku yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Menurut Kumar, mayat Arthur yang berasal dari Kampung Kebunau, Kuala Penyu, Sabah dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat manakala kesemua yang cedera ringan turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata waris mangsa juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori